Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino mahu menggunakan barisan pemain baharu apabila kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bersambung semula pada Mac tahun hadapan.

Thailand terpaksa melepaskan kedudukan tangga kepada kepada Malaysia apabila menduduki tangga ketika dalam carta kumpulan G selepas tewas kepada Malaysia dengan keputusan 2-1 dan seri ketika bertemu Vietnam di Hanoi dengan keputusan 0-0.

Meskipun gagal meraih keputusan positif pada dua perlawanan terakhir, Nishino tetap positif dengan peluang pasukannya untuk mara ke pusingan ketiga.

Akira Nishino
Sumber Gambar: PFAM

“Masih ada tiga perlawanan lagi yang akan kami hadapi. Kami masih mempunyai peluang untuk mara namun kami perlu terus berjuang. Kami perlu memenangi baki ketiga perlawanan.

“Sebelum perlawanan menentang Indonesia, kami di staf kejurulatihan akan mencari barisan pemain baru dan akan membuat perubahan,” kata Akira Nishino menurut laporan Bangkok Post.

Thailand akan menghadapi pasukan Indonesia pada 23 Mac di laman sendiri. Skuad Gajah Perang sekali lagi berehat dan kemudiannya menyambung perlawanan kempen kelayakan pada Jun dimana mereka akan turun menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat lawan dan Malaysia di laman sendiri.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Pembantu Jurulatih Thailand Ejek Park Hang Seo Pendek, Vietnam Buat Aduan Rasmi Ke AFC

FA Thailand Bina Pusat Latihan Pasukan Kebangsaan Bernilai RM55 Juta, Dibiayai Sepenuhnya Oleh KING POWER

Akira Nishino Umumkan Senarai 20 Pemain Thailand Bagi Hadapi Sukan SEA 2019