Pengendali skuad B-23 tahun Thailand, Akira Nishino menjadikan temasya Piala Dunia edisi 2026 sebagai satu sasaran yang boleh dicapai oleh pasukan bimbingannya.

Nishino berkata demikian setelah Thailand tersingkir daripada saingan AFC B-23 Tahun dimana mereka tewas kepada Arab Saudi dengan keputusan 1-0 dalam satu perlawanan yang dianggap kontroversi kerana beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan.

Menurut bekas pengendali skuad kebangsaan Jepun itu, pemainnya perlu bekerja lebih keras jika berhasrat untuk beraksi di kejohanan terbesar dalam dunia bolasepak itu.

“Para pemain telah menampilkan persembahan terbaik. Pada 3 perlawanan sebelumnya, mereka berada dalam keadaan yang baik dan mampu untuk mengawal permainan.

“Empat perlawanan yang dihadapi oleh pemain merupakan satu pengalaman yang baik untuk mereka.

Akira Nishino

Sumber Gambar: Changsuek

“Piala Dunia 2026 merupakan sasaran untuk Thailand dan juga pemain daripada skuad ini. Jika kita boleh memperbaiki segala kelemahan, maka kita boleh melihat bagaimana hasilnya nanti,” kata Nishino.

Pada perlawanan menentang Arab Saudi, pengadil perlawanan, Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf pada asalnya memberikan sepakan bebas diluar kotak penalti, namun selepas menerima maklumat dari pengadil VAR, sepakan penalti diberikan.

Pada perlawanan peringkat separuh akhir, Arab Saudi akan berdepan juara bertahan, Uzbekistan yang menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 5-1 pada perlawanan suku akhir semalam.

Satu lagi pertembungan separuh akhir akan melibatkan pasukan Australia yang akan turun menentang Korea Selatan.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 Tahun di sini:

VAR Sekat Kemaraan Thailand Kejar Slot Sukan Olimpik Tokyo 2020, Laungan Penonton Maki Pengadil Jelas Kedengaran

AFC B-23 Tahun: Park Hang-seo Memohon Maaf Setelah Vietnam Tersingkir

AFC B-23 Tahun: Vietnam Gagal Ikut Jejak Langkah Thailand

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group