9 hari menjelang pertembungan penting dengan pasukan Malaysia, ketua jurulatih pasukan Thailand, Akira Nishino menyatakan bahawa beliau tidak bimbang dengan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kenyataan yang dipetik dari laporan SiamSports itu juga menjelaskan bahawa jurulatih berasal dari Jepun itu lebih memberikan fokus kepada persiapan pasukannya berbanding memikirkan perkara-perkara lain.

akira nishino

Beliau juga percaya pemain-pemain Thailand sudah mempunyai pengalaman beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam 2 edisi kejohanan AFF Suzuki Cup terdahulu walaupun keputusan tidak berpihak kepada Thailand.

“Saya percaya pemain-pemain mempunyai pengalaman beraksi diatas permukaan padang di Malaysia. Bagaimanapun, kami hanya mempunyai 3 hari sebelum perlawanan berlangsung yang memberikan peluang kepada pemain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang, cuaca dengan baik.

73320592_2769406516457370_2322710754534359040_o

Skuad Thailand dijangka akan tiba di Kuala Lumpur pada 11 November 2019 dan akan terus melakukan latihan pada sebelah malam untuk menyesuaikan diri secepat mungkin menjelang ‘laga’ sebenar yang dijadualkan pada 14 November 2019.

Baca juga artikel berkaitan dengan bola sepak Thailand lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Suphanat Mueanta Tidak Akan Beraksi Bertemu Malaysia U19, Sertai Persiapan Skuad Kebangsaan Ke Bukit Jalil

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

Sumber