Dalam sidang media pra perlawanan yang berlangsung semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Akira Nishino diajukan soalan berkaitan disiplin atau peraturan gaya Jepun yang diterapkan dalam pasukan Thailand selepas beberapa khabar angin dilaporkan oleh media Thailand.

Ketua jurulatih berusia 64 tahun itu menjelaskan bahawa sebenarnya terdapat banyak perkara berkaitan disiplin dan peraturan yang perlu diterapkan dalam pasukan.

Tetapi pada ketika ini beliau menjelaskan bahawa hanya 2 perkara utama yang beliau tekankan dalam pasukan Thailand sehingga sekarang.

69163658_2793369437394411_6991303603575062528_o
Chanathip Songkrasin ketika menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Menurutnya, perkara paling utama dan penting adalah pemain perlu lebih teliti berkenaan pengurusan masa yang betul serta mematuhi jadual seperti yang telah ditetapkan adalah cukup penting.

Perkara kedua yang disebut dalam sidang media itu pula adalah berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit serta sosial media yang mungkin boleh menggangu fokus pemain.

Akira Nishino secara jujur mengakui hanya 2 perkara ini sahaja yang dinyatakan kepada pemain dan juga pegawai pasukan. Setakat ini beliau masih tidak mempunyai perancangan untuk menerapkan sepenuh peraturan serta disiplin sama seperti ketika beliau mengendalikan pasukan kebangsaan Jepun.

74707229_2793371120727576_5830390174147674112_o
Supachai Jaided dan Ekanit Panya sedang fokus dalam sesi latihan terakhir menjelang perlawanan esok.

Alasan utama yang diberikan berkenaan perkara itu adalah kerana terdapat perbezaan yang ketara dari segi budaya dan sejarah diantara Thailand dan Jepun serta mungkin bakal mengundang kata-kata kurang enak dari komuniti terutamanya.

Dari maklum balas Akira Nishino kepada soalan yang diajukan ini, mungkin dapat memberi sedikit gambaran bagaimana disiplin yang diterapkan dalam kem pasukan kebangsaan Jepun sebenarnya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk rujukan anda.

16.67 Mata FIFA Ranking Bakal Menjadi Milik Malaysia Jika Mampu Tumpaskan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Akira Nishino Tidak Benarkan Pemain Thailand Ditemu Bual Wartawan

Akira Nishino Tidak Ambil Peduli Mengenai Rekod Pasukan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil