Pengendali skuad B-23 Thailand, Akira Nishino mengambil keputusan untuk menggugurkan pemain pertahanan kacukan Thailand-Sweden, Kevin Deeromram daripada kem latihan pusat kerana dianggap menipu mengenai kecederaan yang dialami.

Pemain berusia 22 tahun itu antara pemain yang dipanggil oleh Nishino bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan Sukan SEA 2019 di Filipina dan temasya AFC B-23 yang akan berlangsung di Thailand pada Januari 2020.

Pada mulanya Kevin menarik diri kerana mendakwa beliau mengalami kecederaan namun namanya tersenarai dalam perlawanan pemanas badan Port FC – pada masa yang sama kem latihan pusat sedang berlangsung.

Akira

Kevin Deeromram

“Kami mencadangkan nama Kevin kepada Akira bagi mewakili skuad senior tetapi kami berpendapat beliau sesuai beraksi bersama skuad B-23 kerana tidak ramai wingback yang berusia bawah 23 tahun.

“Tapi kami dimaklumkan beliau mengalami kecederaan. Ini bukan kali pertama dimana sebelum ini setiap kali dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat, Kevin akan menggunakan alasan cedera.

“Beliau sepatutnya melaporkan diri terlebih dahulu dan staf perubatan pasukan negara boleh membantu sekiranya beliau mengalami kecederaan. Tindakan beliau menunjukkan yang beliau tidak sedar betapa pentingnya beraksi bersama pasukan kebangsaan,” kata pembantu jurulatih, Anurak Srikerd menurut laporan Foxsport Asia.

Akira

Sumber Gambar: Game over

Anurak menambah, Akira Nishino enggan memanggil Kevin untuk beraksi bersama skuad Gajah Perang namun beliau tidak menutup sebarang ruang sekiranya khidmatnya diperlukan pada masa akan datang.

Sebagai rekod, Kevin Deeromram merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki pada saingan edisi 2017 lalu di Kuala Lumpur dimana Thailand menewaskan Malaysia di pentas akhir.

Bagi saingan edisi kali ini, Thailand diundi dalam kumpulan B bersama Vietnam, Indonesia, Singapore, Brunei Darussalam dan Laos.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Sukan SEA 2019 di sini:

Kapten Pasukan Kebangsaan Filipina Stephan Schrock Bakal Perkuatkan Skuad Sukan SEA 2019

Ong Kim Swee Sahkan Wan Kuzain Berada Dalam Radar Skuad Sukan SEA

Sukan SEA 2019: Malaysia Diundi Dalam Kumpulan A

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group