Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Akira Nishino menggesa anak-anak buahnya untuk segera melupakan kekalahan kepada Malaysia dan fokus untuk menghadapi pasukan Vietnam dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Thailand yang menjadi pasukan pilihan pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam nyata gagal untuk mengekang asakan daripada pasukan negara sekaligus tewas dengan keputusan 2-1.

View this post on Instagram

#Changsueklive นิชิโนะ : เราต้องฟื้นฟูร่างกาย และ จิตใจ ให้เร็วที่สุด 💪🏻🔥⚽️🇹🇭 . อากิระ นิชิโนะ หัวหน้าผู้ฝึกสอนทีมชาติไทย แถลงข่าวหลังจบเกม ที่ล่าสุดบุกมาแพ้ ทีมชาติมาเลเซีย 2-1 ในฟุตบอลโลก 2022 รอบคัดเลือก โซนเอเชีย รอบ 2 นัดที่ 4 ณ สนามแห่งกีฬาแห่งชาติ บูกิต จาลิล วันที่ 14 พฤศจิกายน ที่ผ่านมา . 🔥โดยทัพ ช้างศึก ออกนำไปก่อนจาก ชนาธิป สรงกระสินธ์ ในนาทีที่ 7 ก่อนจะถูก มาเลเซีย ยิง 2 ลูกรวดจาก แบรนดอน กัน นาทีที่ 26 และ โมฮามาดู ซูมาเรห์ นาทีที่ 57 . 🔥ซึ่งทาง อากิระ นิชิโนะ กล่าวว่า “เราออกสตาร์ทได้ดี และทำประตูขึ้นนำอย่างรวดเร็ว แต่หลังจากนั้น เราก็ไม่มีความหนักแน่นพอที่จะมุ่งหวังเข้าไปทำประตูที่ 2 ทำให้สถานการณ์เปลี่ยน จนออกมาในลักษณะนี้” . 👉. “ทีมในกลุ่มนี้ เราก็คาดการณ์ไว้แล้วว่าจะมีการแข่งขันกันสูง ซึ่งตอนนี้ก็ผ่านมาครึ่งทางแล้ว 3 นัดแรกเราทำผลงานได้ดีระดับหนึ่ง แต่มาสะดุดในเกมนี้ หลังจากนี้เราก็ต้องฟื้นฟูร่างกาย ให้พร้อมแข่งขันในนัดถัดไปให้เร็วที่สุด” .👉. “เหตุผลที่เปลี่ยนแบ็คโฟร์จากเกมที่แล้วถึง 3 คน ซึ่งจากความรู้สึกของผม ทั้ง 3 คนก็ทำงานอย่างหนัก และทำอย่างสุดความสามารถแล้ว แต่เนื่องจากยังไม่คุ้นเคยกันมาก ทำให้การประสานงานยังไม่ลงตัว บวกกับปัจจัยเรื่องสนามด้วย จึงอาจจะกดดัน และทำได้ไม่ดีเท่าที่คาดหวัง แต่ก็ยังเชื่อว่าทั้ง 3 คนนี้ ยังสามารถเล่นดีกว่าวันนี้ได้” .👉. “ในส่วนของกองกลางทั้ง 2 คน (สารัช และ พิธิวัตต์) จังหวะอาจจะไม่เข้าที่เข้าทางเหมือนนัดก่อนๆ แต่ตำแหน่งอื่นก็มีส่วนที่ไม่ไหลลื่นเช่นกัน” 👉 . “เนื่องจากตารางแข่งขันไม่หยุดรอให้เรา ดังนั้นเราก็ต้องพยายามฟื้นฟูร่างกายและจิตใจให้เร็วที่สุด ซึ่งจุดนี้เราก็ต้องดูแลพวกเขาให้มากๆ” . สำหรับนัดต่อไป ทีมชาติไทย เตรียมบุกไปเยือน ทีมชาติเวียดนาม ในศึกฟุตบอลโลก 2022 รอบคัดเลือก โซนเอเชีย รอบ 2 นัดที่ 5 วันที่ 19 พฤศจิกายน 2562 ที่สนามมีดินห์ สเตเดียม เวลา 20.00 น. ตามเวลาประเทศไทย ถ่ายทอดสดทาง ไทยรัฐ ทีวี . #ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #นักฟุตบอลทีมชาติไทย #Thailand #Football #FAThailand #AsianQualifiers #FIFA2022 #ฟุตบอลโลก #บอลโลก #คัดบอลโลก #FIFAWorldcup #Qatar2022 #AFC #RiseBackUp #WorldCup #WCQ2022 #FIFAWC #CheerThai #MAS #Malaysia #MASvTHA #MASTHA #ผลบอล

A post shared by ช้างศึก ฟุตบอลทีมชาติไทย 🇹🇭 (@changsuek) on

“Kami bermula dengan baik dan berjaya menjaringkan gol awal. Akan tetapi kami tidak mampu untuk mencari gol kedua dan perkara itu telah mengubah hasil perlawanan ini.

“Persaingan dalam kumpulan ini dijangka sengit dimana kini saingan telah memasuki separuh perjalanan. Pada tiga perlawanan pertama kami bermula dengan baik, akan tetapi tidak pada perlawanan menentang Malaysia.

“Kami perlu memperbaiki kesilapan serta bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” kata Nishino dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman media sosial rasmi pasukan.

Akira Nishino turut memberikan sebab mengapa beliau membuat pertukaran saat akhir di bahagian pertahanan dengan menurunkan Elias Dolah, Tristan Do dan Korrakot Wiriya-Udomsiri.

Akira Nishino

Mohamadou Sumareh dicabar Tristan Do. Sumber Gambar: Changsuek

“Saya berpendapat pemain yang diturunkan di bahagian pertahanan telah menampilkan prestasi terbaik. Tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka dibolosi.

“Keadaan permukaan padang memainkan sedikit peranan. Mungkin tekanan yang dihadapi terlalu besar tetapi saya percaya mereka boleh beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang,” tambah Nishino.

Kekalahan kepada Malaysia menyebabkan Thailand kini menghuni tangga kedua di belakang Vietnam yang menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam. Malaysia kekal di tangga keempat manakala Indonesia masih menduduki tangga tercorot.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Thailand di sini:

Berjuang Sehingga Ke Minit Terakhir Faktor Utama Malaysia Tewaskan Thailand

Syafiq Ahmad Dan Matt Davies Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Indonesia Akibat Penggantungan 2 Kad Kuning

Tan Cheng Hoe Puji Brendan Gan, Gesa Pemain Muda Ikuti Jejak Langkah Beliau

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group