Dalam satu temubual yang telah dibuat oleh pihak Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) baru-baru ini bersama ketua jurulatih mereka, Akira Nishino mendedahkan suatu perkara yang mungkin sudah menjadi kebiasaan kepada kita tetapi tidak untuk beliau.

Wujud sedikit ketegangan asalnya ketika perlawanan Thailand bertemu Vietnam apabila ramai yang mempersoalkan tindakan Akira Nishino ‘sound‘ seorang pemain Vietnam kerana sengaja menjatuhkan badan bagi melengahkan permainan.

Apabila diajukan soalan kepadanya, Akira Nishino seraya menjelaskan bahawa melalui pemerhatiannya tempoh permainan sebenar bola sepak di negara yang tidak berada ditahap yang tinggi adalah lebih pendek.

Screenshot 2019-10-22 at 10.46.12 PM
Insiden dimana Akira Nishino ‘sound’ pemain Vietnam yang dilihat sengaja melengahkan perlawnaan.

“Saya mahu anda perhatikan negara-negara yang bola sepaknya tidak berada ditahap tinggi kebiasaanya mempunyai tempoh permainan sebenar lebih pendek.

“Dari 90 minit masa permainan, mungkin mereka hanya bermain sekitar 50 hingga 60 minit sahaja berbanding dengan negara yang bola sepak ditahap lebih tinggi. Mereka kebiasaanya munggunakan setiap minit masa permainan dengan sebaik mungkin.

“Dari perspektif inilah yang membuatkan saya tidak faham dengan tindakan mereka lakukan. Dan apabila kita bercakap mengenai pembangunan, kita tidak memerlukan pemain seperti ini dalam pasukan.

Screenshot 2019-10-22 at 10.20.46 PM

Mungkin tidak ramai yang mengetahui berapa lama ‘Actual Playing Time (APT)‘ setiap perlawanan sebenarnya kerana rasanya tiada pihak yang ‘track‘ data seperti ini kerana mungkin tidak tahu bila untuk digunakan.

Di Jepun, perkara seperti ini sedang dipertingkatkan dari musim ke musim berdasarkan data yang dikumpulkan kerana bagi mereka ini adalah nilai sebenar yang dibayar oleh penyokong yang hadir ke stadium – untuk melihat permainan bola sepak, bukan pemain berguling membuang masa berlakon cedera.

Baca juga artikel lain yang sedap kami sediakan untuk tatapan anda semua.

Akira Nishino Gugurkan Pemain Kacukan Sweden-Thailand Kerana Menipu Mengenai Kecederaan

Akira Nishino: Thailand Tidak Akan Daftarkan Pemain Senior Dalam Skuad Sukan SEA 2019

Akira Nishino Beri Amaran Kepada Kelab Thai League