Ketua jurulatih Thailand yang baharu dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Akira Nishino memuji 3 prestasi orang pemain Thailand yang kini beraksi dalam saingan J1 League musim ini.

3 pemain tersebut adalah Chanathip Songkrasin beraksi untuk Hokkaido Consadole Sapporo, Theerathon Bunmathan kini dipinjam oleh Yokohama F Marinos dan juga Thitipan Puangchan yang juga beraksi secara pinjaman dengan Oita Trinita.

“Kemampuan untuk bermain dalam saingan JLeague membuktikan 3 pemain ini mempunyai potensi yang tinggi. Saya melihat mereka ini sebagai 3 pemain utama saya untuk skuad kebangsaan Thailand.”

“Berkenaan pemain lain pula, saya mahu menyaksikan aksi mereka dan menilai prestasi terlebih dahulu. Perkara paling penting bagi pemain dalam skuad kebangsaan adalah mereka perlu memiliki semangat dan maruah untuk beraksi untuk negara mereka.”

akurat_20190115030954_88Hec4

Jurulatih yang berusia 64 tahun itu, yang berjaya membawa Jepun mara kepusingan 16 terbaik pada kejohanan Piala Dunia 2018 yang lalu turut memberitahu tahu beliau tidak mempunyai banyak masa mempersiapkan pasukan menjelang pertemuan dengan Vietnam (Pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023).

Namun, tugasnya menjadi lebih mudah apabila Thailand mempunyai ‘pool‘ pemain-pemain yang besar dan sangat berbakat. Walaupun begitu, Thailand juga dalam keadaan yang ‘struggle‘ untuk mencari penjaring gol yang prolifik kerana lambakan penyerang import dalam liga domestik.

“Ini adalah masalah yang sama dihadapi dimana-mana tempat di Asia. Dalam saingan JLeague, banyak pasukan menggunakan penyerang import juga.”, jelas Nishino.

Bintang SCG Muangthong United, Teerasil Dangda merupakan penyerang utama Thailand untuk beberapa tahun lalu, tetapi beliau kini masih gagal menemui kembali rentak dan juga sentuhan jaringan untuk kelab dan juga skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, Akira Nishino tetap optimis dan menyatakan keyakinan beliau bahawa pemain-pemain Thailand mempunyai keupayaan untuk layak ke saingan Piala Dunia dan juga Olimpik.

Sumber