Pengendali skuad B-23 tahun Thailand, Akira Nishino melahirkan rasa bangga terhadap prestasi yang ditampilkan oleh pemainnya dalam saingan AFC B-23 Tahun.

Pasukan tuan rumah itu berjaya mara ke peringkat suku akhir setelah meraih keputusan seri 1-1 ketika berdepan Iraq pada Selasa lalu. Menurut Nishino, pemainnya telah membuktikan bahawa mereka mampu untuk bersaing dengan pemain ternama di peringkat Asia.

Akira

Sumber Gambar: Changsuek

“Bagus rasanya kerana kita mara ke suku akhir dimana pemain telah menampilkan persembahan terbaik mereka. Sebagai pasukan tuan rumah, pemain memiliki motivasi tinggi sepanjang tiga perlawanan peringkat kumpulan. Saya percaya mereka telah membuktikan kemampuan mereka.

“Mereka telah beraksi dengan baik menentang pemain dan pasukan yang lebih berpengalaman dan ini adalah satu pembelajaran yang baik buat pemain,” kata Nishino.

Akira Nishino menambah meskipun pasukannya mara ke peringkat suku akhir, masih ada ruang yang boleh diperbaiki bagi memastikan mereka mampu untuk memberikan cabaran kepada lawan yang akan dihadapi pada Sabtu ini.

Thailand akan turun berdepan Arab Saudi dimana pasukan itu muncul sebagai juara kumpulan B.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 Tahun yang telah kami sediakan di sini:

Thailand Iringi Australia Ke Peringkat Suku Akhir Saingan AFC B-23 Tahun

Thailand Belasah Bahrain Pada Perlawanan Pembukaan Saingan AFC B-23 Tahun

Jepun Tersingkir Dari Saingan AFC B-23 Tahun

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group