Ketua jurulatih Thailand, Akira Nishino mengakui kesilapannya yang menyebabkan skuad Gajah Perang gagal menampilkan prestasi terbaik dalam saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2023/Piala Asia 2023.

Thailand tewas kepada Malaysia dengan keputusan 1-0 pada perlawanan kelayakan terakhir sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan bekas ketua jurulatih Jepun itu bersama Thailand.

Nishino menegaskan bahawa beliau membuat kesilapan dari segi pemilihan pemain dan meminta maaf kepada pemain yang tidak dipanggil serta peminat bola sepak negara itu terutamanya.

Akira Nishino
Sumber Gambar: Changsuek

“Sepanjang perjalanan kami, semua pemain telah bekerja keras dan saya mengakui ada kesilapan dalam proses pemilihan pemain.

“Saya mahu meminta maaf kepada pemain yang tidak mendapat peluang untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Namun saya mahu mereka faham yang tidak semua pemain yang saya panggil boleh pergi ke UAE,” kata Akira Nishino.

Thailand turun tanpa kelibat beberapa pemain utama seperti Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan kerana isu kecederaan serta isu kuarantin yang dikenakan oleh kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selepas 8 perlawanan, Thailand hanya mampu menduduki tangga keempat dalam kumpulan G, tiga mata dibelakang Malaysia yang menduduki tangga ketiga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Tan Cheng Hoe Tegaskan Prestasi Pemain Negara Bakal Dinilai

TERKINI: AFC Umumkan 22 Pasukan Layak Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Asia, 4 Pasukan Beraksi Di Play-Off

TMJ: “Kepada Presiden FAM, Izinkan Saya Menguruskan Pasukan Kebangsaan”