Seorang pemain bola sepak nyaris meninggal dunia akibat lidahnya tertelan ketika perlawanan divisyen 2 Liga Indonesia 2019 (Liga 2) di antara pasukan Blitar Bandung United menentang Aceh Babel United di Stadium Siliwangi, Kota Bandung, kelmarin.

Kejadian itu berlaku ketika pemain pertahanan Babel United yang berusia 28 tahun, Rian Miziar berlaga dengan pemain lawan dalam perebutan bola di udara kawasan kotak penalti. Rian telah terjatuh hingga menyaksikan kepalanya terlebih dahulu mendarat di tanah.

Beliau kemudian tidak sedar diri dan sempat diberikan pertolongan kecemasan oleh rakan sepasukan sebelum pasukan perubatan membawanya melalui ambulans ke hospital yang berdekatan.

EET24jiUYAIZtaN

FOTO: FIKIRAN RAKYAT

Menurut jurulatih Babel United, I Putu Gede, Rian kini semakin baik dan beliau berada dalam keadaan yang stabil.

“Alhamdulillah, dari khabar terbaru yang kami terima, dia sudah sedar, semoga lekas sembuh. Dia tadi lidahnya tertelan, pada saat mahu ditarik kelihatannya sukar. Jadi kami terus bawa ke hospital,” kata Putu dipetik dalam Kompas.com

Menegangkan! Detik-detik Pemain Aceh Babel United Dilarikan Dengan Ambulan Akibat Tabrakan

Rian Miziar, Kapten Tim Aceh Babel United dilarikan dengan ambulan setelah mengalami shock akibat terjatuh pasca bertubrukan dengan pemain Blitar Bandung United, Tantan. Setelah mendapatkan penanganan medis oleh tim dari PMI Kota Bandung di Lapangan Siliwangi, kondisi Rian sudah normal. Namun tetap dilarikan ke rumah sakit untuk pemeriksaan dan penanganan lebih baik..Pertandingan berakhir dengan kemenangan Aceh Babel United 0-1.

Posted by Persib Nu Aing – Persib Bandung on Thursday, 12 September 2019

Putu turut menambah kejadian yang menimpa pemainnya itu membuatkan barisan jurulatih menjadi panik dan ketika itu tidak terfikir untuk menamatkan perlawanan.

“Kami terkejut, malah kami fikir untuk tidak meneruskan perlawanan. Lebih baik kalah daripada melihat pemain kami dalam keadaan seperti itu.

“Yang membuat saya kecewa adalah tindakan yang lembab daripada pasukan perubatan. Padahal ini bukan kali pertama ia terjadi dalam bola sepak. Ini juga merupakan pengajaran berguna kepada pasukan Babel United untuk mempunyai pasukan perubatan yang lebih pantas memberikan pertolongan kepada pemain,” tegasnya.

Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Babel United yang menewaskan Blitar Bandung United, 1-0 hasil jaringan daripada Afriansyah.

Kejadian lidah tertelan sering terjadi pada pemain bola sepak

Istilah lidah tertelan ini dikenali sebagai “tongue swallowing” dalam Bahasa Inggeris, bermaksud lidah tergelincir ke belakang sehingga masuk ke hulu kerongkong yang menyebabkan mangsa akan rasa seperti tersedak dan tercekik.

Situasi ini terjadi apabila lidah menjadi lemas lalu menutup jalur pernafasan seseorang. Dalam sukan bola sepak, pemain biasanya akan tergigit lidah ketika berlaga dengan pemain lawan sehingga terjatuh tidak sedar diri. Dalam keadaan tidak sedar diri, beliau sudah pun ‘tertelan’ lidah dan memerlukan pertolongan kecemasan dengan segera.

Skrtel-937771

Martin Skrtel pernah tertelan lidah ketika perlawanan persahabatan Thailand menentang Slovakia.

Bahaya jika seorang pemain mengalami situasi tersebut kerana ia mampu mengakibatkan kematian kerana hulu kerongkong yang sudah tertutup menyebabkan seorang tidak mampu bernafas dengan baik sama ada melalui mulut atau hidung.

Diharapkan para pemain bola sepak tempatan lebih berhati-hati di atas padang dan elakkan melakukan terjahan keras ke atas pemain lawan sehingga menyebabkan kecederaan yang lebih serius sekaligus menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group