Bintang bola sepak Vietnam, Doan Van Hau didapati tidak hadir dalam sesi latihan penuh bersama skuad kebangsaan Vietnam sejak kelmarin sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia pada hari khamis ini, 10 Oktober 2019.

Van Hau yang menyertai kelab belanda, SC Heerenveen dalam saingan Eredivisie musim 2019/2020 dilaporkan terlepas penerbangan ke Hanoi dari Rusia dan terpaksa bermalam satu hari di lapangan terbang sementara menunggu penerbangan yang seterusnya.

Beliau yang sepatutnya tiba semalam (7 Oktober 2019) selepas terlibat dalam satu perlawanan Eredivisie menentang Zwolle pada hari ahad dijangka akan menyertai kem latihan pasukan Vietnam sehari sebelum hari perlawanan.

Situasi itu turut menyebabkan persiapan skuad Vietnam yang dikendalikan oleh Park Hang Seo sedikit terjejas kerana mereka memerlukan khidmat pemain yang berusia 20 tahun itu untuk memperkuatkan benteng pertahanan berdepan Harimau Malaya.

Van Hau menyertai SC Heerenveen itu secara pinjaman pada bulan Ogos lepas selama 1 musim dengan pilihan perpindahan secara kekal. Beliau juga dilaporkan menerima gaji ke-4 paling tinggi dalam kelab tersebut.

Dengan perpindahan ini juga menjadikan Vietnam memiliki 2 pemain daripada skuad kebangsaan mereka beraksi dalam saingan liga di eropah selepas Nguyen Cong Phuong diikat secara pinjaman bersama Sint-Truiden VV dalam saingan Jupiler PRO League di Belgium.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau yang mungkin anda terlepas pandang.

Lebih 200,000 Pengikut Baru Facebook SC Heerenveen Sejak Doan Van Hau Diperkenalkan Sebagai Pemain Baru

Pemain Vietnam Ini Dilaporkan Terima Gaji Ke-4 Paling Tinggi Dalam Kelab SC Heerenveen