Sebuah kelab bola sepak semi-pro dalam saingan divisyen 4 Jepun, atau lebih dikenali sebagai Japan Football League (JFL), secara rasmi mengumumkan penjualan ‘naming rights’ pasukan mereka kepada sebuah firma IT Jepun iaitu syarikat Mfro.

Mfro merupakan sebuah firma IT tempatan yang menjalankan pelbagai perkhidmatan berkaitan IT kepada pelbagai syarikat besar lain di Jepun seperti Google, Yahoo!, CyberAgent dan sebagainya.

Namun, produk terbesar syarikat ini adalah menjalankan khidmat kaji selidik secara online terutamanya dan hasil dari uji kaji tersebut, pelanggan akan menerima mata ganjaran atas kerjasama dan masa yang telah diluangkan.

80971348_2906398156091195_5142842214447054848_n

Kelab dengan nama asalnya Suzuka Unlimited FC itu telah menggunakan perkhidmatan dari syarikat Mfro untuk menarik perhatian pengunjung ke laman web mereka sebelum ini dan selepas itu syarikat Mfro melihat sesuatu yang positif serta terus bersetuju untuk membeli ‘naming rights’ kelab.

Kini selepas selesai semua perkara berkaitan dokumentasi pembelian ‘naming rights’ itu, nama Suzuka Unlimited FC akan ditukarkan kepada satu nama baru yang telah dipilih oleh pihak pengurusan syarikat Mfro iaitu Suzuka Point Getters FC, mulai 1 Febuari 2020 nanti.

69855826_2670772179653795_283433803920179200_o

Biarpun nama itu agak begitu pelik secara jujurnya, namun mungkin dipihak kelab, kelangsungan untuk meneruskan operasi kelab menjadikan mereka tidak ambil pusing mengenai perkara itu selepas menerima tawaran yang sangat lumayan agaknya dari firma IT Mfro itu.

Suzuka Point Getters FC dalam aksi JFL musim 2019 yang lalu menamatkan kedudukan di tangga ke 12 liga dengan 38 mata dan kekal beraksi dalam saingan JFL 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

56,025 Penonton Hadir Ke Stadium Menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Jepun

Siri 1: Apa Yang MFL Boleh Lakukan Untuk ‘Guide’ Pemain Profesional Baharu Dalam Liga Bola Sepak Malaysia

Siri 2: Apa Yang MFL Boleh Lakukan Untuk ‘Guide’ Pemain Profesional Baharu Dalam Liga Bola Sepak Malaysia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group