Seorang pemain pertahanan Korea Selatan, Jang Hyun-soo digantung dari mewakili skuad kebangsaan ‘Taeguk Warrior’ seumur hidup selepas didapati melakukan penipuan dokumen yang dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).

Jang Hyun-soo yang kini beraksi bersama kelab Jepun, FC Tokyo telah dikecualikan dari latihan ketenteraan selama 21 bulan selepas berjaya menang pingat emas Sukan Asia 2014.

Namun, mana-mana pemain yang dikecualikan dari latihan itu wajib melakukan aktiviti khidmat masyarakat selama 544 jam dalam tempih 3 tahun serta latihan asas tentera kira-kira 60 hari.

AEN20181101013000315_03_i

Beliau yang menghantar laporan kepada KFA pada Disember 2017 menyatakan telah melakukan aktiviti khidmat masyarakat selama 196 jam, tetapi pada hari yang dinyatakan beserta bukti bergambar sebenarnya dilanda salji yang cukup lebat.

Selain itu, gambar-gambar lain yang dihantar untuk hari-hari yang lain juga sebenarnya diambil pada hari yang sama.

“Hukuman ini dijatuhkan sebagai pengajaran kepada mana-mana individu yang cuba melakukan penipuan bahawa tiada tempat untuk mereka dalam pasukan kebangsaan.”, jelas KFA.

jang hyun soo

Jang Hyun-soo setakat ini telah memiliki 58 cap bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan terlepas aksi Piala Asia 2019 dan didenda sebanyak 30 juta Won selain dilanjutkan aktiviti khidmat masyarakat sebanyak 5 hari lagi dari tempoh asal.

Jang Hyun-soo dalam satu kenyataan selepas mengakui tindakannya itu menyataka beliau menyesal dan malu atas tindakan itu dan akan melakukan semula aktiviti itu pada bulan November ini.

“Saya berasa malu kerana telah mengecewakan semua pihak. Saya akan melakukan aktiviti khidmat masyarakat ini pada November dengan penuh tanggungjawab.”