Sebuah kelab bola sepak profesional Thailand, Ubon United terpaksa berdepan dengan hukuman berat selepas kegagalan pihak pengurusan untuk melunaskan pembayaran gaji yang tertunggak kepada pemain mereka musim lalu.

Walaupun mereka menamatkan kedudukan liga di tempat ke 17, disebabkan 2 pasukan lain yang telah menutup pasukan iaitu Thai Honda FC dan Army United, Ubon United kekal dalam saingan T2. Oleh kerana mereka gagal memenuhi syarat perlesenan Thai League, Ubon United perlu diturunkan ke saingan Thai League 4.

Keputusan penurunan Ubon United ke saingan Thai League 4 telah diumumkan secara rasmi oleh pihak Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) pada 23 November 2019 yang lalu melalui laman web rasmi mereka, selain beberapa keputusan lain mengenai masa depan kelab yang bermasalah.

67646825_1170534396448357_7062710394103529472_o

Selepas itu, pihak Thai League turut mendapati bahawa Ubon United mempunyai masalah tunggakan gaji kepada pemain-pemain mereka selepas berakhir musim 2019. Disebabkan kegagalan menyelesaikan perkara itu, mereka terpaksa diturunkan 1 lagi divisyen ke saingan Thai League 5 untuk musim 2020 ini.

Untuk makluman, saingan Thai League 5 ini adalah divisyen paling bawah dalam hierarki bola sepak Thailand, dimana ia menjadi medan bagi kelab-kelab amatur untuk bersaing dan terbahagi kepada 12 region secara keseluruhannya.

Hierarki saingan liga bola sepak Thailand;

  • Thai League 1 (Toyota Thai League): 18 pasukan (PRO)
  • Thai League 2 (M-150 Championship): 18 pasukan (PRO)
  • Thai League 3 (Omsin Pro League): 32 pasukan (Semi-pro)
  • Thai League 4 (Omsin League): 64 pasukan (Semi-pro)
  • Thai League 5 (Liga Amatur): 119 pasukan

Secara keseluruhannya, dari hierarki diatas kita dapat lihat bahawa dalam saingan 5 divisyen yang diterapkan di Thailand ini, mereka mempunyai 251 buah kelab bola sepak yang secara aktif beraksi.

65317963_1150644278437369_4421164511877136384_o

Berbalik kepada isu Ubon United diatas, kita secara jelas nampak pihak Thai League tanpa ragu-ragu menjatuhkan hukuman kepada pasukan selepas dibuktikan mempunyai isu atau masalah terutama berkaitan perlesenan kelab dan tunggakan gaji pemain.

Semoga liga bola sepak di Malaysia juga akan lebih telus dan berjaya menghasilkan lebih ramai pemain berkualiti untuk skuad Harimau Malaya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

11 Pemain Dari Filipina Berjaya Tambat Hati 8 Kelab Dalam Saingan Thai League 1 Musim 2020

FA Thailand Beri Dana Tambahan RM2.33 Juta Kepada Kelab Thai League 2 Untuk Tujuan Pembangunan

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai