Berita pembelian Melaka United oleh sebuah oleh syarikat luar negara dinafikan sekeras-kerasnya oleh MUSA dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui laman sosial Facebook mereka sebentar tadi.

Awalnya, seorang individu yang dikenali dengan nama Erik Alonso telah memuat naik satu kemaskini di laman Linkedin dan menyatakan bahawa beliau merupakan pemegang saham terbesar dalam Melaka United.

Bertindak atas perkara tersebut, MUSA telah melalui peguam mereka telah menafikan sekeras-kerasnya perkara itu serta menyatakan tidak pernah menerima sebarang cadangan daripada pihak ketiga untuk membeli kepentingan di dalam MUSA.

Ikuti kenyataan rasmi MUSA dibawah;

Dalam perkembangan yang berkaitan, Erik Alonso ada menjelaskan bahawa akaun Linkedin beliau telah digodam dan ada pihak yang melakukan kemaskini status tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa dia dan syarikatnya tidak pernah membuat pembelian pegangan, tidak mengenali mana-mana individu yang berada dalam organisasi MUSA.

photo_2019-10-08_20-11-54

Sehingga kini, segalanya telah selesai dan MUSA yang sedang menuju ke arah penswastaan pasukan dengan berusaha menyelesaikan segala komitmen yang perlu sebelum pasukan Liga Super Melaka United diswastakan selaras dengan matlamat yang ditetapkan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sehubungan itu pihak persatuan akan terus memberi fokus kepada pembangunan bakat bolasepak negeri Melaka dan hanya pasukan Liga Super yang akan diswastakan kelak.

Artikel power lain yang mungkin anda terlepas pandang sebelum ini boleh dibaca seperti dibawah.

Mata FIFA Ranking Malaysia Terus Meningkat, Peluang Untuk Pintas Singapura Dan Kuwait

Taylor Regan: Liga Malaysia ‘Lebih Mencabar’ Jika Dibandingkan Dengan Liga Australia

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun