Hasrat Manchester United untuk menandatangani mana mana lagi pemain dari Ajax Amsterdam boleh dianggap berakhir. Ini selepas selepas pengurus kelab Liga Belanda itu melarang mana-mana pemain daripada berpindah.

The Red Devils berjaya mendapatkan Lisandro Martinez dengan nilai perpindahan £57 juta. Dan Manchester United tidak terhenti di situ. Mereka masih cuba memburu seorang lagi pemain Ajax iaitu Antony.

Pengurus baharu Man United, Erik ten Hag, mahu pemain sayap Brazil itu sebagai sebahagian daripada pemain yang akan membantunya membina semula Manchester United yang mampu menjulang piala.

Antony antara nama yang tidak dikenali sebelum ini. Namun dia menjadi bakat elit di bola sepak eropah ketika di bawah pengurusan Ten Hag.

Alfred Schreuder, pengganti Ten Hag, dengan tegas menolak mana mana lagi pemain utama Ajax yang akan pergi pada musim panas 2022.

Antony yang rancak dikaitkan dengan Manchester United, juga tidak akan meninggalkan kelab itu.

Ajax sudah menutup pintu keluar untuk pemainnya. Walaupun masih membuka peluang untuk membawa masuk pemain baharu.

“Saya rasa Antony akan kekal. Betul, Ajax Amsterdam menjual ramai pemain dan itu tidak berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.”

“Kami memang membeli beberapa pemain baharu, tetapi masih banyak lagi perlu dilakukan untuk menampal beberapa bahagian, jadi saya tidak fikir akan ada lagi pemain yang akan pergi.”

“Saya dan pemain berkomunikasi setiap hari. Saya rasa tiada orang lain yang pergi.”

“Ia bukan perkara yang bagi jika Ajax Amsterdam kehilangan seorang lagi pemain penting.”

Ajax Amsterdam memang kehilangan beberapa pemain tonggak dalam pasaran perpindahan musim panas 2022.

Selain Lisandro Martinez, mereka ditinggalkan oleh Sebastien Haller ke Borussia Dortmund dan Ryan Gravenberch ke Bayern Munich.

Sebaliknya, Ajax Amsterdam turut membawa masuk Steven Bergwijn dari Tottenham, pertahanan Rangers FC Calvin Bassey, dan penyerang RB Leipzig Brian Brobbey.