Pemain tengah skuad B-19 tahun negara, Aiman Afif merasa tercabar dengan kehadiran pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri dalam skuad Harimau Malaya.

Ketika ditemu bual Astro Arena, Aiman berkata beliau merasa tercabar namun pada masa yang sama menegaskan kehadiran Wan Kuzri memberikan persaingan sihat di kalangan pemain.

“Bagi saya kehadiran Wan Kuzri memberikan persaingan yang sihat di kalangan pemain. Bukan saya sahaja.

“Jadi sudah tentu semua pemain mahu memberikan yang terbaik. Saya sendiri merasa tercabar,” kata Aiman Afif.

Ketika ditanya mengenai kualiti yang dimiliki oleh Kuzri, Aiman menyatakan Kuzri mempunyai teknik yang bagus.

Afif

Sumber Gambar: FAM

“Kuzri merupakan seorang pemain yang sangat baik. Beliau mempunyai teknik yang bagus. Kami di sini boleh belajar dengan beliau,” tambahnya.

Aiman dan Kuzri dilihat bakal menjadi pilihan ketua jurulatih pasukan, Brad Maloney untuk membarisi kesebelasan utama dalam saingan AFC B-19 Tahun yang akan berlangsung pada 14 hingga 31 Oktober 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad B-19 tahun negara di sini:

Media Belanda, 433 Senaraikan Luqman Hakim Dalam Pencalonan “Golden Boy” 2019/2020

Lima Pemain Yang Mungkin Menjadi Gandingan Luqman Hakim

FAS Capai Persetujuan Dengan KV Kortrijk Mengenai Perpindahan Luqman Hakim

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group