Pemain pertahanan senior pasukan negara, Aidil Zafuan menegaskan kehadiran beliau dalam skuad kebangsaan ketika ini sememangnya memberi tekanan yang tersendiri namun beliau sudah bersedia untuk menampilkan persembahan terbaik.

Aidil dipanggil bagi memperkuatkan benteng pertahanan dan pemain Johor Darul Ta’zim ini dijangka diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka malam ini.

Aidil Zafuan
Sumber Gambar: PFAM

“Sebagai pemain saya memang kecewa tidak dapat berada dalam pasukan kebangsaan sebelum ini, namun saya perlu berfikiran positif dan mungkin ada yang lebih baik daripada saya.

Saya sudah terbiasa berhadapan dengan tekanan dan ianya perlu ada. Tetapi sebagai pemain saya harus terima dan tidak mahu tekanan itu menjejaskan prestasi saya.

“Sebagai pemain senior, saya perlu berikan apa saja yang saya ada. Tidak bermakna saya boleh buat apa saja tetapi tetap mengikut taktikal jurulatih,” katanya pada sidang media pra perlawanan semalam.

Aidil Zafuan
Sumber Gambar: AFF Suzuki Cup

Pada dua perlawanan kempen kelayakan menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe menggandingkan Shahrul Saad dan Adam Nor Azlin di bahagian pertahanan tengah.

Namun, Shahrul Saad tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan dan Aidil Zafuan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain berusia 33 tahun itu.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Ramalan Kesebelasan Utama Skuad Harimau Malaya Menentang Sri Lanka

Tan Cheng Hoe Mahu Beri Peluang Kepada Pemain Simpanan