Ketua pasukan skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak mahu memastikan Thailand menerima cabaran hebat pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Menurut pertahanan Johor Darul Ta’zim itu, beliau mahu rakan sepasukan untuk mempunyai mentaliti melawan meskipun di atas kerta Thailand adalah pasukan yang lebih kuat.

Aidil Zafuan
Sumber Gambar: PFAM

“Siapapun pasukan lawan, para pemain perlu mempunyai mentaliti untuk terus melawan dan tidak memberikan perjalanan yang mudah terhadap pasukan Thailand.

“Apa yang penting ialah kami sebagai pemain perlu bersatu hati dan memastikan pasukan meraih kemenangan. Bagi saya, tiada pasukan yang tidak boleh dikalahkan di dunia ini. Kalau kita lihat Liverpool pun boleh kalah,” kata Aidil pada sidang media praperlawanan di SNBJ semalam.

Pada masa yang sama, ketika ditanya soalan mengenai kelibat Teerasil Dangda di jentera serangan Thailand, Aidil berpendapat pemain Muangthong United itu merupakan pemain yang mempunyai kualiti.

Aidil Zafuan
Teerasil Dangda. Sumber Gambar: Changsuek

“Kita tahu Teerasil Dangda merupakan seorang pemain yang mempunyai pengalaman luas. Bagi saya beliau seorang penyerang yang bagus,” tambahnya.

Aidil Zafuan serta rakan-rakan bakal berdepan tugasan getir apabila turun menentang Thailand dimana pasukan negara wajib untuk meraih kemenangan jika mahu mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

Ketika ini Thailand menduduki puncak kumpulan G dengan perolehan tujuh mata manakala Malaysia berada di tangga keempat dengan kutipan tiga mata.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Thailand di sini:

Tan Cheng Hoe Gesa Pemain Tidak Hanya Beri Fokus Terhadap Chanathip Songkrasin

Akira Nishino Hanya Terapkan 2 Disiplin ‘Gaya Jepun’ Dalam Pasukan Thailand Ketika Ini

16.67 Mata FIFA Ranking Bakal Menjadi Milik Malaysia Jika Mampu Tumpaskan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil