Pada hari kedua latihan skuad bola sepak Sukan Asia 2018, ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan untuk menggugurkan 2 pemain dari keseluruhan 26 pemain yang telah melaporkan diri.

Pemain Johor Darul Ta’zim Aidil Zafuan Abdul Razak dan pemain dari pasukan Johor Darul Ta’zim II Syamer Kutty Abba, terpaksa diketepikan apabila mengalami kecederaan.

Dengan 2 pemain itu terpaksa diketepikan, Datuk Ong Kim Swee masih mempunyai 24 orang pemain lagi yang berada di kem latihan pusat termasuk Muhammad Hadi Fayyadh yang baru melaporkan diri hari ini.

Skuad itu yang dijadualkan berlepas ke China minggu hadapan untuk menghadapi pasukan China sebelum terus ke Bandung untuk perlawanan pembukaan pada 10 Ogos 2018 bertemu Kyrgyzstan.