Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Aidil Sharin menegaskan beliau tidak mahu mengambil risiko dan mahu memberikan lebih banyak masa kepada Renan Alves untuk pulih dari kecederaan otot yang dialami.

Renan masih belum beraksi setakat ini dimana pemain import itu mengalami kecederaan otot sebelum saingan musim 2021 bermula dan ketika ini beliau sedang giat menjalani proses pemulihan.

Renan Alves
Sumber Gambar: Kedah FA

“Renan belum berada dalam keadaan terbaik, jadi kami tidak mahu mengambil risiko. Jika menyentuh mengenai otot yang koyak kerana semua tahu beliau mempunyai otot yang besar, kami tidak mahu mengambil risiko dan kemudiannya beliau tidak dapat beraksi untuk masa yang lebih lama.

“Kami mahu beliau pulih sepenuhnya tetapi semua bergantung kepada keputusan yang akan dikeluarkan oleh doktor pasukan. Selepas itu, barulan kita boleh menurunkan beliau,” kata Aidil pada sidang media selepas perlawanan menentang Selangor.

Kedah berjaya bangkit dari ketinggalan pada separuh masa pertama dengan menjaringkan dua gol pada lewat perlawanan untuk membawa pulang tiga mata dari Stadium MBPJ.

Pada perlawanan Liga Super seterusnya, Kedah akan turun menentang Terengganu di laman sendiri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Karsten Neitzel Puji Persembahan Pemain Muda Selangor

Dollah Salleh:”Dengan 1 Gol Mereka Fikir Macam Dah Cukup, Mahu Striker Baharu Kalau Boleh Tukar.”

Sri Pahang Dan Terengganu Berkongsi Satu Mata