Berita gembira bagi peminat pasukan Kedah apabila ketua jurulatih, Aidil Sharin menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun sekaligus kekal membimbing pasukan.

Menurut Aidil, kejayaan mara ke saingan Piala AFC musim hadapan setelah menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Super musim ini menjadi salah satu faktor mengapa beliau kekal membimbing skuad Lang Merah.

Selain faktor layak ke Piala AFC musim hadapan, keputusan pengurusan pasukan mengekalkan seramai 90 peratus pemain musim ini bagi menghadapi saingan musim hadapan turut menjadi sebab mengapa beliau memilih untuk terus berada di Kedah.

Aidil menegaskan beliau berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana terus memberi kepercayaan bagi membimbing pasukan Kedah.

Lanjutan kontrak ini sekaligus menamatkan khabar angin yang mengatakan Aidil akan berhijrah ke pasukan lain musim hadapan.

Khabar angin ini timbul setelah Kedah menghadapi isu tunggakan gaji. Namun, pihak pengurusan berjaya menyelesaikan masalah tersebut sekaligus memberi keyakinan kepada Aidil.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah di sini:

KFA Tawar RM5000 Untuk Cipta Logo Baharu Pasukan Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman Nama Baharu Skuad Lang Merah

Aidil Sharin: Hati Saya 90 Peratus Bersama Kedah Musim Hadapan