Ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin Sahak menegaskan beliau bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan skuad bimbingannya di tangan Terengganu dengan keputusan 4-3 semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Terengganu berjaya bangkit daripada ketinggalan 3-1 sebelum memenangi perlawanan dengan keputusan 4-3 dimana penyerang import, Dominique Da Sylva menjaringkan empat gol.

“Kami tidak bermula dengan baik. Kami membenarkan mereka menjaringkan satu gol menerusi set pieces. Namun kami berjaya bangkit selepas gol tersebut.

“Kami kehilangan fokus selepas mendahului 3-1 dan perlawanan pula masih lagi panjang. Saya sentiasa memberitahu pemain untuk menyempurnakan peluang selama perlawanan masih belum ramat.

“Saya bertanggungjawab di atas kekalahan ini. Tetapi kita perlu bangkit pada perlawanan seterusnya,” kata Aidil pada sidang media selepas perlawanan.

Terengganu membuka tirai jaringan pada minit pertama perlawanan sebelum Renan Alves, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman meletakkan Kedah di hadapan.

Namun, skuad bimbingan Nafuzi Zain itu tidak menyerah kalah dan berjaya bangkit menerusi tiga jaringan Dominique pada separuh masa kedua sekaligus meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini.

Aidil Sharin menambah menafikan pasukannya menampilkan prestasi kurang memberangsangkan sebaliknya mereka hanya gagal untuk memanfaatkan peluang.

Pada perlawanan Liga Super seterusnya, Kedah akan bertandang ke Stadium UiTM bagi menghadapi UiTM FC manakala Terengganu akan menerima kunjungan pasukan Selangor.

Baca artikel lain mengenai perlawanan Liga Super 2020 yang berlangsung semalam di sini:

B.Sathianathan: “Dah 62 Tahun Merdeka, Masih Lagi Maki Dengan Perkataan Keling Dan Anjing. Itu Fans Ke?”