Teguran bekas pemain skuad kebangsaan, Khalid Ali mengenai pemakaian seluar jeans di kalangan jurulatih dalam saingan Liga Malaysia nyata mendapat respon dari pengendali Kedah Darul Aman (KDA), Aidil Sharin.

Menurut laporan La Bola, Aidil menggunakan laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau memuat naik gambar dua pengurus di Liga Perdana Inggeris (PL) iaitu Peo Guardiola dan Jurgen Klopp.

Aidil Sharin
Pep Guardiola

“Ada nampak kesalahan dengan dia memakai jeans? Adakah ini bermaksud dia bermain di Liga Kampung? Lebih baik awak menjaga kain sendiri daripada menjaga kain orang lain.

Aidil Sharin
Jurgen Klopp

“Seorang lagi pengurus berprofil tinggi memakai jeans ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan anda kata ini bukan pemakaian yang sesuai bagi jurulatih?

“Pergi cari pasukan untuk diuruskan atau anda main layang-layang,” kata Aidil Sharin.

Berdasarkan peraturan pertandingan di dalam buku manual Liga Malaysia MFL, muka surat 23 Artikel 3 Peraturan Teknikal (3.17.6), ia jelas menyatakan pegawai kelab dan pemain di bangku simpanan dilarang sama sekali memakai selipar, baju tanpa lengan dan seluar jeans lusuh ketika hari perlawanan.

Bagaimanapun, ia juga perlu merujuk pada laporan komisioner perlawanan untuk mendapatkan gambaran sebenar terhadap apa yang dipakai oleh para jurulatih sama ada mereka memakai seluar jeans lusuh atau tidak.

Antara kriteria seluar jeans lusuh yang tidak dibenarkan ialah warna biru pada seluar itu telah luntur dan ada beberapa kesan koyakan di beberapa bahagian. Pemakaian sebegini memang tidak sesuai dan boleh menjatuhkan imej jurulatih itu sendiri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Teguran Khalid Ali Mengenai Pemakaian Seluar Jeans Lusuh Ada Benarnya

Khalid Ali: Selangor Patutnya Hampir Dengan JDT, Bukan Tangga Ketujuh

Terlalu Bangga Seri Bertemu JDT II, Adakah Ini ‘Sign of Insecurity’ Michael Feichtenbeiner Sebenarnya?