Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak beranggapan masih banyak perkara perlu dilakukan oleh barisan pemainnya untuk menghadapi kempen 2021 yang akan bermula malam esok.

Turut akan beraksi dalam saingan Piala AFC musim ini, KDA telah membawa masuk pemain baharu seperti Syazwan Zainon, Rozaimi Abd Rahman, Fandi Othman, Rodney Calvin, Ariff Farhan Md Isa, Syazwan Tajudin, Fairuz Zakaria serta dua pemain import, Rabih Ataya dan Anumanthan Kumar.

Manakala, khidmat tiga lagi pemain import musim lalu, Tchetche Kipre, Kpah Sherman dan Renan Alves terus ditagih untuk menjelmakan sumbangan bermakna buat pasukan.

Sehubungan dengan itu, Aidil merasakan skuad bimbingannya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri bagi mendapatkan persefahaman berikutan kehadiran ramai pemain baharu.

KDA FC

Barisan pemain KDA FC yang diketuai Baddrol Bakhtiar giat menjalani latihan. Kredit foto: Kedah Darul Aman FC

“Kita tidak boleh cakap ini adalah ‘team’ yang terbaik kerana saya sifatkan pasukan ini seperti baharu kerana banyak pemain kami telah dapatkan pada musim ini.”

“Jadi, sudah tentu akan mengambil masa sedikit untuk mereka menyesuaikan diri tambahan persiapan pasukan sedikit tergugat ekoran kita masih berdepan situasi tidak menentu ekoran penularan pandemik COVID-19 yang masih tinggi.”

“Namun, saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan kerana bukan pasukan kita sahaja yang tergugat tetapi pasukan-pasukan lain pun sama, apa-apapun kita kena hargai Liga Malaysia masih dapat dijalankan.”

“Pemain-pemain baharu memang perlukan sedikit lagi masa untuk sesuaikan diri tetapi setakat ini, saya nampak semua dapat bekerjasama dengan baik dengan pasukan,” ujar Aidil Sharin.

Halangan pertama perlu dihadapi oleh KDA FC ialah berdepan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut Piala Sumbangsih pada malam yang berlangsung jam 9.00 malam di Stadium Sultan Ibrahim.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Karsten Neitzel: Semuanya Sudah Di Landasan Tepat Buat Selangor FC

Carrilero: Peranan Besar Yang Ditunjangi Pemain Tengah

Solskjaer Yakin Catatan Seri Akan Jadi Motivasi Tewaskan Manchester City Selepas Ini

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group