Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menggesa dua penyerang import pasukan, Fernando Rodriguez dan Jonathan Bauman bagi meningkatkan ketajaman di bahagian serangan bagi memastikan peluang Kedah untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2019 tidak terkubur.

Kekalahan mengejut kepada Terengganu FC menyebabkan Kedah gagal untuk meneruskan rentak kemenangan setelah membenam Negeri Sembilan pada perlawanan pertama. Aidil menegaskan beliau telah memberikan amaran kepada Fernando dan Bauman agar lebih fokus dan lebih tajam di bahagian serangan.

Aidil Sharin
Sumber Gambar: Kedah FA

Aidil berkata: Saya sudah memberi amaran kepada penyerang Fernando Rodriguez dan Jonathan Bauman selepas kami tewas kepada TFC minggu lalu agar mereka lebih fokus dan mempertingkatkan aspek ketajaman serangan dalam usaha memburu tiga mata berdepan PKNS kali ini.

“Kekalahan kepada Terengganu FC minggu meninggalkan kesan kepada pasukan dan juga penyokong di laman sendiri. Saya berharap dengan semangat baharu diperolehi, skuad harus bangkit melenyapkan kekecewaan lalu dan tiga mata menjadi sasaran utama di tempat lawan.

Pada masa yang sama, pengendali dari Singapura itu berasa lega kerana pemain pertahanan import, Renan Alves boleh diturunkan dalam kesebelasan utama. Namun, khidmat Azmer Yusoff dan beberapa pemain utama yang lain mungkin tidak dapat digunakan kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

67191326_2635227969842997_8680767085816578048_o
Renan Alves turut menyertai sesi latihan skuad Kedah di Kuala Lumpur semalam. FOTO: KFA

Aidil menyatakan: Alves boleh beraksi untuk perlawanan ini kerana baharu dua kali beliau menerima kad kuning. Jadi, menurut Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dia boleh diturunkan.

“Namun kita juga terpaksa berdepan kesukaran apabila Azmeer Yusoff masih belum pulih dari kedederaan kaki yang dialaminya minggu lalu. Selain Azmeer, Kedah juga berhadapan isu kecederaan beberapa pemain lain seperti pemain sayap Farhan Roslan dan Azamuddin Akil, termasuk juga pemain tengah David Rowley yang masih belum pulih.

Kedah ketika ini menduduki tangga kedua di belakang pasukan Terengganu FC dalam kumpulan A dengan kutipan 3 mata.