Ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui beliau keliru dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang masih mahu berunding mengenai pembayaran gaji yang masih tertunggak.

Jika KFA berbuat demikian, maka mereka telah melanggar ketetapan yang diputuskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di mana tiada lagi pemotongan gaji bermula April lalu.

“Apa yang ditetapkan oleh FAM dan MFL pembayaran bulan Mac perlu diselesaikan sebelum bulan Mei atau Jun dan pembayaran selepas itu sepatutnya tidak boleh ada pemotongan.

Aidil Sharin
Sumber Gambar: MFL

“Jadi, saya fikir pemain sudah berpegang kepada kenyataan itu dan kita perlu berlaku adil kepada mereka.

“Kami bukannya tidak mahu bertolak ansur tetapi mereka sudah lama bersabar biarpun tidak menerima gaji,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Tambah Aidil Sharin, beliau dan para pemain mungkin bersetuju untuk melakukan sedikit pemotongan sekiranya KFA mahu membayar tunggakan gaji sekaligus.

Aidil Sharin
Sumber Gambar: FA Kedah

“Melainkan mereka boleh menyelesaikannya (pembayaran) secara sekaligus, kami boleh berbincang lagi untuk melakukan sedikit pemotongan.

“Tetapi sehingga saat ini, kami belum mendapat sebarang berita mengenai bila mereka akan melakukan perbincangan berkaitan pemotongan itu,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai Isu tunggakan gaji pasukan Kedah di sini:

KFA Langsaikan Tunggakan Gaji Pemain Bagi Bulan Mac

KFA Hantar Surat Rasmi Kepada Aliff Syukri Bincang Tentang Pemilikan Kelab

KFA Sedia Untuk Berunding Jika Ada Pihak Mahu Beli Pasukan Kedah