Ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin Sahak menyatakan hati beliau kini 80 hingga 90 peratus kekal bersama naib juara Liga Super musim 2020 itu.

Aidil berjaya membantu Kedah layak ke saingan Piala AFC musim hadapan, 12 tahun setelah kali terakhir skuad Lang Merah beraksi dalam kejohanan tersebut.

“Bagi saya secara peribadi, ini adalah sesuatu yang begitu menggembirakan kerana sebelum ini saya membawa Kedah ke play-off ACL (Liga Juara-juara Asia) dan tahun ini, kami akan ke Piala AFC pada musim depan.

“Hati saya kini dalam 80 ke 90 peratus masih bersama Kedah (musim depan) kerana saya suka segala-galanya di sini.

“Saya akan buat keputusan selepas berjumpa dengan pihak pengurusan sebaik tahu apa hala tuju serta visi Kedah di masa depan,” katanya.

Aidil Sharin
Sumber Gambar: MFL

Sebelum ini, Aidil Sharin dikaitkan dengan beberapa pasukan Liga Malaysia ketika Kedah menghadapi krisis tunggakan gaji yang menyebabkan pemain dan staf kejurulatihan tidak mendapat gaji.

Namun, masalah tersebut kini secara perlahan dapat diselesaikan dan perkara itu dilihat menjadi faktor utama pasukan berjaya menampilkan prestasi cemerlang apabila saingan Liga Malaysia bersambung setelah berehat lima bulan.

Baca artikel lain mengenai Aidil Sharin di sini:

Aidil Sharin Beri Bayangan Kekal Bersama Kedah Musim Hadapan

Tawaran Dari Perak Dan Selangor Hanya Khabar Angin, KFA Tawarkan Lanjutan Kontrak Kepada Aidil Sharin

Kenyataan ‘Ikut Dan’ Presiden KFA Cetus Kecaman Penyokong Kedah, Aidil Sharin Akan Sertai Perak?