Ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin seolah-olah memberi bayangan akan kekal membimbing skuad Lang Merah dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Aidil berkata beliau mahu menunggu sehingga perlawanan terakhir Liga Super menentang Perak bagi memutuskan masa depan beliau bersama pasukan Kedah.

Namun, isu tunggakan gaji yang semakin pulih dan beliau tidak menolak untuk meneruskan tugasnya sekiranya mendapat tawaran yang lebih baik pada tahun hadapan.

Kekal
Sumber Gambar: MFL

“Jika keadaan baik, kenapa tidak saya menerima tawaran daripada Kedah kerana semuanya tiada masalah dan saya menyukai suasana pasukan itu.

“Saya tengok keadaan sekarang ini semakin baik, terima kasih kepada pengurusan kerana menyelesaikan tunggakan gaji selain turut menyuntik semangat kepada pemain untuk terus mencipta kejayaan pada perlawanan akan datang,” katanya selepas perlawanan menentang Melaka United.

Sebelum ini, Aidil dikhabarkan menerima tawaran dari beberapa pasukan Liga Super yang mahukan khidmat beliau bagi menghadapi saingan musim 2021.

Namun, masalah tunggakan gaji yang perlahan-lahan dapat diselesaikan oleh pengurusan pasukan dilihat berjaya meyakinkan pengendali dari Singapura itu untuk kekal di utara tanah air.

Baca artikel lain mengenai Aidil Sharin di sini:

Tawaran Dari Perak Dan Selangor Hanya Khabar Angin, KFA Tawarkan Lanjutan Kontrak Kepada Aidil Sharin

Kenyataan ‘Ikut Dan’ Presiden KFA Cetus Kecaman Penyokong Kedah, Aidil Sharin Akan Sertai Perak?

Aidil Sharin Bebas Sertai Mana-Mana Pasukan