Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak akan menghalang sekiranya ketua jurulatih pasukan, Aidil Sharin Sahak menyertai pasukan lain pada masa akan datang.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau tidak akan menghalang sekiranya Aidil mahu berhijrah namun menegaskan beliau masih mempunyai kontrak dan khidmatnya masih diperlukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Aidil Sharin
Sumber Gambar: MFL

Sebelum ini, Aidil dikaitkan dengan pasukan Perak bagi menggantikan ketua jurulatih sedia ada, Mehmet Durakovic setelah pasukan itu dibelasah oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 7-0.

Kekalahan besar itu nyata tidak boleh diterima oleh ramai pihak khususnya peminat dan ada yang mengeesa agar Mehmet digantikan dengan jurulatih lain.

Aidil Sharin
YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA. FOTO: Kedah FA

Pada masa yang sama, Sanusi turut mengesahkan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pemain bagi menyusun semula struktur gaji dalam pasukan.

Tambah Sanusi, jika ada pemain yang enggan menerima penstrukturan semula itu, maka pasukan dengan rela hati akan melepaskan pemain tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah di sini:

KFA Sedia Untuk Berunding Jika Ada Pihak Mahu Beli Pasukan Kedah

Sanusi Jamin Tiada Lagi Masalah Gaji Dalam Skuad Kedah Bermula Bulan Julai

Kedah Perlukan RM25 Juta Untuk Melengkapkan Musim 2020, Tunggakan Gaji 5 Bulan Akan Diselesaikan Selepas Berunding