Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak berkecil hati dengan kain rentang yang dituju kepadanya ketika perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 diantara Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Kain rentang yang tertera perkataan ‘Peja jgn sap gam!!!’ (Peja jangan hisap gam) itu mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan sehingga menjadi bahan ketawa dalam kalangan warga maya.

Menurut kenyataan di laman twitternya, Faizal menyifatkan kain rentang itu memberikan nasihat yang berguna kepadanya dan turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokong.

“Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita,” katanya.

Kewujudan kain rentang tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kenyataannya yang menyalahkan penyokong sebagai punca pemain hilang fokus ketika aksi menentang Bahrain kelmarin.

Menurut laporan Arena Metro, beliau berkata sorakan padu 63,000 penyokong ketika itu mampu menyebabkan pemain terlepas peluang untuk menjaringkan gol sekaligus menyumbang kepada kekalahan skuad negara.

Selepas dikecam hebat oleh para penyokong di alam maya, Faizal kemudian membuat permohonan maaf dan mendakwa kenyataannya itu telah disalah erti. Beliau juga sempat berjumpa dengan capo Ultras Malaya (ketua sorak) semalam sebelum perlawanan bermula untuk menjelaskan salah faham tersebut.

Pada aksi semalam, seluruh peminat bola sepak negara bersorak gembira apabila skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan Bangladesh, 4-1 sekaligus memastikan 3 mata penuh berada dalam genggaman.

Kemenangan tersebut menyaksikan pasukan kendalian Kim Pan Gon menamatkan penantian selama 43 tahun untuk layak secara merit ke pentas kejohanan paling berprestij di Asia itu selepas kali terakhir melakukannya pada 1979 ketika Kelayakan Piala Asia 1980.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Menteri Anggap Sorakan Penyokong Punca Pemain Harimau Malaya Hilang Fokus

Syafiq Ahmad Mahu Buktikan Kemampuan Jika Diberikan Peluang Beraksi

Khalid Ali Bimbang De Paula Tak Tahu Fungsinya Sebagai Penyerang Utama

Amaran Presiden FAM Kepada Pemain: “Jangan Lena Dibuai Dengan Sanjungan Dan Pujian”

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group