Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sergio Aguero dilaporkan menjalani terapi ‘stem cell’ di lututnya. Ini untuk membolehkannya memanjangkan lagi hayat karier bola sepaknya.

Koresponden Cedena SER, Santi Ovalle melaporkan bahawa prosedur perubatan itu adalah untuk untuk menguatkan semula tulang rawan, sekaligus membolehkan beliau beraksi lebih lama.

Laporan yang sama menyebut, Sergio Aguero sudah memaklumkan kepada Barcelona tentang perancangan untuk melakukan terapi tersebut, sebelum beliau menandatangani kontrak rasmi lagi.

Jadi, Barcelona sudah bersedia untuk perkara tersebut. Aguero ditandatangani secara percuma selepas tidak melanjutkan kontraknya di Manchester City.

Prosedur tersebut banyak dilakukan oleh atlet atlet ternama. Ini termasuk Pau Gasol (bola keranjang), Rafael Nadal (tenis) dan Carles Puyol sendiri yang pernah menjalani prosedur terapi serupa.

Aguero memiliki rekod kecederaan lutut yang agak kronik di dalam kariernya terutama sekali dalam beberapa musim terakhir ini.

Beliau banyak berehat musim lalu dan hanya muncul dalam 20 perlawanan unutk City, kebanyakannya tidak beraksi penuh. Musim lalu juga, Aguero menjalani pembedahan di lutut kirinya.

Membuatkan beliau banyak berehat dan dikatakan terpaksa berdepan dengan 12 jenis kecederaan pada lututnya.

aguero_city_infortunio_getty

Cedena SER melaporkan bahawa Aguero sedar bahawa fizikalnya sangat ‘menderita’ untuk menghadapi tuntutan fizikal yang intensif daripada perlawanan kompetitif.

Kun Aguero menyerahkan lututnya ke tangan Dr. Robert Soler untuk membantunya.

Aguero sudah pun memulakan terapi tersebut. Beliau sangat optimis akan menyertai Barcelona secepat mungkin dan bergandingan dengan Lionel Messi di atas padang.

Baca juga artikel

Lukaku Bukan Untuk Dijual

Manchester United Bayar £35 Juta Untuk Varane, Medikal Minggu Hadapan

Man United Menyesal Bagi Kontrak Terlalu Besar Kepada De Gea, Dijamin Dapat £75 Juta

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group