Keputusan pengadilan dan VAR yang kontroversi menghiasi aksi di antara Arsenal dan Manchester City.

Gabriel Agbonlahor dan Jeremie Aliadiere antara yang menganggap Arsenal dilayan berbeza oleh pengadil dan VAR berbanding Manchester City.

Arsenal bermula dengan sangat baik, mendahului menerusi Bukayo Saka di Emirates. Mereka memberikan hari yang sukar buat Manchester City.

Namun pada separuh masa kedua, segalanya serba tak kena buat Arsenal. Bermula daripada insiden penalti daripada Xhaka. Kemudian Gabriel Maghalhaes dibuang padang kerana kad kuning kedua.

Arsenal melepaskan dua gol pada separuh masa kedua. Pertamanya menerusi penalti yang disempurnakan oleh Riyad Mahrez. Dan gol kedua City, ataupun gol kemenangan Citizen dijaringkan oleh Rodri pada masa kecederaan.

Sebelum itu pengadil dengan kontroversi tidak memberikan penalti kepada Arsenal ketika Ederson menjatuhkan Martin Odegaard. Menurut Agbonlahor, jika kekasaran seperti itu berlaku pada pemain City, mereka akan mendapat penalti.

Sementara itu, Man City mendapat penalti selepas Granit Xhaka menarik Bernardo Silva. Pengadil merasakan bahawa beliau tiada pilihan selain memberikan penalti.

Penyokong Arsenal bersorak kepada pengadil: “Berapa mereka bayar kamu?”

Walaupun bermain dengan 10 pemain, Arsenal terus bermain dengan baik. Man City diselamatkan oleh clearance atas garisan oleh Aymeric Laporte.

Gabriel Martinelli kemudian gagal menjaringkan gol dalam kedudukan gawang terbuka.

Walaupun bermain dengan kelebihan seorang pemain, skuad Man City masih gagal beraksi dominan. Mujur mereka menjaringkan gol dalam keadaan mereka tidak beraksi dalam prestasi terbaik.

Itulah ciri ciri pasukan juara. Boleh menang dalam keadaan mereka tidak beraksi baik sekalipun.

Selepas tamat perlawanan ramai penyokong Arsenal tidak berganjak dari tempat duduk mereka untuk memberikan sokongan kepada pemain pemain mereka. Dan pada masa yang sama mahu menembak pemain pemain City dengan chant mereka.

Gabriel Agbonlahor menyatakan bahawa Arsenal pasukan lebih baik. Dan jika mereka dapat mengelak kad merah dan bermain 11 pemain, Arsenal boleh menang ke atas City.

Seterusnya Agbonlahor tidak menafikan pengadil membuat keputusan yang tepat berkenaan dengan penalti dan kad merah.

Namun beliau mempersoalkan tentang konsistensi pengadil ke atas insiden yang melibatkan pemain pemain City.

“Ya kad merah itu tepat, tindakan bodoh daripada Gabriel [Magalhaes],” kata Agbonlahor.

“Arsenal tidak mendapat keputusan yang mereka mahukan hari ini. Pengadil jelas berpihak kepada City, pada pandangan saya.”

“Sebagai penonton atas pagar, bahkan benda benda kecil seperti yang dilakukan Arsenal akan dikira foul manakala Man City pula terlepas.”

“Pengadil hari ini sepertinya dia lebih memihak kepada Man City,” kata bekas penyerang Aston Villa itu lagi.

Aliadiere pula berpendapat bahawa pengadil hilang kawalan ke atas perlawanan dan berterusan memberikan kad kuning yang tidak sepatutnya.

Aliadiere menambah: “Sudah tentu penyokong penyokong Arsenal akan rasa pelik, kenapa pengadil begitu mudah memberikan kad kuning kepada pemain pemain Arsenal tetapi tidak untuk pemain Manchester City.”

“Ada foul yang hampir sama dilakukan kedua dua pasukan. Ianya dianggap foul oleh Arsenal namun tidak oleh City. Saya rasa itulah yang menjadi perbezaan.”

Ditanya tentang penalti City dan permintaan penalti Arsenal, Aliadiere berkata:

“Dalam bola sepak moden dengan VAR [sukar untuk pemain terlepas tindakan], kesilapan Xhaka memberikan penalti. Dan ini [insiden Ederson menjatuhkan Odegaard] juga penalti.”

“Jika kamu tengok betul betul, penjaga gol menyepak kaki pemain lawan sebelum dia menyentuh bola. Itu adalah penalti.”

Agbonlahor menambah: “Jika Bernardo Silva berhak mendapat penalti, Arsenal pun layak mendapat penalti daripada insiden ini.”

“Jika ianya melibatkan pemain Man City atau Liverpool, ianya akan diberikan penalti. Tetapi Arsenal tidak mendapatnya. Ini berlaku beberapa tahun lalu, di mana Manchester United sangat mudah mendapat penalti ”

Agbonlahor menyatakan bahawa layanan berbeza antara kelab besar dan kecil masih jelas berlaku.

Lantas Adam Carruther terus mempertikaikan pandangan itu kerana Arsenal juga kelab besar.

Agbonlahor berkata: “Lihatlah pencapaian mereka dalam beberapa tahun ini berbanding dengan Manchester City.”