Hasrat skuad muda wanita negara untuk meraih kemenangan sebelum pulang ke tanah air menjadi kenyataan selepas berjaya menundukkan Filipina 2-1 pada aksi terakhir kumpulan B Kejuaraan Wanita B-18 AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang sebentar tadi.

Kemenangan tersebut sekurang-kurangnya mengukirkan sedikit senyuman di wajah anak buah Kok Keng Lin apabila mereka tunduk pada dua perlawanan awal bertemu Myanmar dan Australia.

Dua gol yang dihasilkan itu juga menamatkan kemarau jaringan buat skuad negara dimana Malayan Tigress B-18 gagal menemui sentuhan jaringan pada aksi sebelum ini.

Kesebelasan utama negara ketika bertemu Filipina. Kredit foto: Persatuan Bolasepak Malaysia

Pemain tengah, Nur Najwa Irdina Zaidi pantas meletakkan skuad negara dihadapan dengan jaringan yang dihasilkannya seawal minit keempat perlawanan.

Berselang empat minit kemudian, produk dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang berusia 15 tahun itu terus cemerlang dengan menambah jaringan kedua untuk memberikan kelebihan lebih selesa buat skuad negara.

Kelebihan dua gol itu dipertahankan dengan baik para pemain negara walaupun Filipina cuba bangkit pada minit ke-52 menerusi jaringan yang disumbangkan oleh Isabella Flanigan.

Dengan tamatnya perjuangan ekoran gagal layak ke peringkat separuh akhir, skuad negara menamatkan kempen di kedudukan ketiga dalam saingan kumpulan dibelakang Australia dan Myanmar selepas mengumpul tiga mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Tak Sampai 2 Tahun, Pusat Latihan Lion City Sailors Akhirnya Sudah Siap

Fenerbahce Kecam Penyokong Bersorak Nama Putin Pada Kelayakan UCL Menentang Kelab Ukraine

Bolivia Bakal Jadi Lawan Harimau Malaya