Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih skuad wanita bawah 18 (B-18) tahun negara, Kok Keng Lin berpendapat faktor gemuruh membuatkan anak buahnya mengalami kesukaran pada aksi sulung Kejuaraan Wanita B-18 AFF 2022 di Palembang, Indonesia yang berlangsung semalam.

Perlawanan sulung di Stadium Atletik Jakabaring itu menyaksikan skuad negara tumpas 0-2 ditangan Myanmar hasil jaringan Su Myat Noe pada minit ke-59 dan May Thet Mon Myint ketika aksi memasuki minit ke-81.

Lawan seterusnya yang bakal dihadapi skuad muda negara pada hari esok ialah Australia yang mana mereka berjaya mencatatkan kemenangan 4-0 keatas Filipina dalam satu lagi aksi kumpulan B.

Melihat keupayaan Australia yang jelas lebih baik dari anak buahnya, Kok melihat perancangan khusus perlu dilakukan barisan pemainnya.

“Pada permulaan permainan, pemain-pemain kita ada rasa gementar, gemuruh sebelum beraksi,” ujar Kok Keng Lin bercakap selepas perlawanan bertemu Myanmar, semalam.

“Mereka juga lambat untuk ‘settle down’ dalam perlawanan semalam walaupun kita tidak membenarkan Myanmar menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi perasaan gemuruh para pemain kita menyebabkan mereka tidak ‘settle down’.”

“Saya ada menyaksikan perlawanan Australia dengan Filipina dan kita kena mengakui Australia mempunyai pemain yang lebih baik dari segi teknikal dan taktikal.”

“Jadi, perancangan kami adalah perlu bertahan terlebih dahulu dan melancarkan serangan balas pantas buat Australia,” tambah Kok lagi.

Kejuaraan Wanita B-18 AFF buat pertama kalinya dianjurkan badan induk bola sepak Asia Tenggara itu dalam memberikan peluang kepada setiap negara bagi melahirkan lebih banyak pilihan bakat baharu untuk diserapkan ke skuad senior.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Shivan Pillay: PJ City Perlu Waspada Ancaman Situasi Bola Mati Sabah

Luqman Hakim Jaringkan Gol Dalam Aksi Persahabatan KV Kortrijk

Klopp: “Manchester City Akan Juara Lagi”

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group