Ketua jurulatih pasukan wanita bawah 18 (B-18) tahun negara, Kok Keng Lin menganggap Australia nyata berada di kelas tersendiri selepas anak buahnya dibelasah skuad yang dikenali sebagai ‘Young Matildas’ itu dengan lapan gol tanpa balas.

Hakikat itu juga turut diakui Keng Lin sebelum dimana beliau lebih memfokuskan kepada corak permainan bertahan sambil mengharapkan barisan pemainnya dapat melakukan serangan balas pantas.

Keadaan itu bagaimanapun tidak berjalan dengan lancar selepas Australia berjaya meledakkan empat gol di setiap babak untuk melakarkan kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi kumpulan B Kejuaraan Wanita B-18 AFF 2022 di Palembang, Indonesia.

“Kita kena akui yang pasukan Australia ini pertamanya ranking mereka lebih tinggi daripada kita dan pemain-pemain yang mereka ada memang lagi baik dari pemain-pemain Malaysia dari segi teknikal, taktikal mereka.”

Barisan pemain skuad wanita B-18 Australia. Kredit Foto: FAM

“Jadi perancangan kami adalah cuba untuk mengurangkan jaringan tetapi apa boleh buat kami masih dibolosi dengan 8-0,” ujar Keng Lin bercakap kepada wartawan selepas perlawanan malam tadi.

“Pemain-pemain kita telah cuba sedaya upaya untuk mengurangkan jaringan [dibolosi] tetapi kita kena terima kenyataan pasukan Australia lebih baik daripada kita.”

“Ia lebih kepada fokus kerana Australia menguasai permainan, jadi pemain-pemain banyak berlari untuk mengejar bola jadi pada minit-minit akhir apabila sudah kepenatan itu yang menyebabkan mereka hilang fokus. Australia mengambil peluang ini tetapi pemain-pemain Malaysia telah memberikan [komitmen] 100 peratus untuk perlawanan ini.”

“Pemain telah menjalankan tugas mereka mengikut taktikal saya tetapi apabila mereka sudah dibolosi dengan banyak, jadi fokus mereka sudah sedikit hilang. Walaupun sudah hilang fokus mereka tetap mencuba, tetapi memandangkan pemain Australia mengetahui apa yang perlu dilakukan, itu yang menyebabkan kami terus dibolosi.”

Perancangan kami untuk perlawanan menentang Filipina nanti, kami mahu mencatatkan kemenangan. Sekurang-kurangnya kami menang satu perlawanan di sini sebelum kami balik ke Malaysia,” tambah Kok Keng Lin lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Yusri Che Lah Nasihati Pemain Muda, Jangan Terlalu Emosi

AFF Wanita B-18: Malaysia Tak Berdaya Hadapi Australia

Ronaldo Bawa Ejen Jumpa Ten Hag, Dan Ikut Pintu Belakang Selepas Bincang Tentang Masa Depannya