Jawatankuasa pertandingan kejohanan AFF U18 2019 yang dilangsungkan di Vietnam telah membuat keputusan bagi menukar jadual perlawanan terakhir kumpulan B yang akan dilangsung esok.

Menurut surat rasmi yang dikeluarkan kepada semua 6 pasukan terlibat dalam perlawanan esok, berdasarkan peraturan perlawanan, artikel 9.1.6 menyatakan bahawa Jawatankuasa pertandingan mempunyai hak untuk mengubah jadual perlawanan terakhir peringkat kumpulan sekiranya keputusan perlawanan itu akan mempengaruhi keputusan perlawanan lain dan perlu diadakan di 2 venue berbeza serentak.

Selepas mempertimbangkan kedudukan pasukan dalam kumpulan B dan untuk berlaku adil kepada semua pasukan, masa sepak mula perlawanan pada 15 Ogos 2019 akan ditukar, dan ketiga-tiga perlawanan akan diadakan secara serentak di 3 venue berbeza pada jam 4 petang waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia).

EB8Hw8rUYAEwqTS

3 pasukan yang masih berpeluang untuk mara ke pusingan separuh akhir; Australia, Vietnam dan Malaysia hanya akan mengetahui nasib mereka selepas tamat perlawanan terakhir peringkat kumpulan B esok.

Baki 3 lagi pasukan; Thailand, Singapura dan Kemboja sudah pun terkeluar dari saingan dan hanya akan melengkapkan jadual.

Sumber