Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengesahkan telah menerima aduan rasmi pada dua hari lepas mengenai penipuan umur pemain daripada pasukan yang bertanding dalam kejohanan AFF B-15.

Aduan tersebut berkaitan dengan pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan dalam kejohanan tersebut. Justeru itu, AFF kini sedang melakukan siasatan dan akan memaklumkan keputusannya dalam kenyataan media kelak.

89820190731170838354
FOTO: Goal Thailand

Meskipun AFF tidak mendedahkan nama pemain tersebut namun menurut laporan daripada Bolalob, difahamkan pasukan yang terlibat ialah Timor Leste kerana didakwa menurunkan kapten yang berusia 22 tahun iaitu Paulo Freitas. Pasukan Myanmar mengesyaki pemain tersebut pernah beraksi dalam saingan Piala AFF tahun lepas dengan nama yang sama.

Hasil siasatan kami di saluran internet mendapati pemain tersebut dilahirkan pada tahun 1996 (Berusia 22 tahun) namun belum dapat dipastikan sama ada beliau adalah orang yang sama.

tra
TRANSFERMARKET

Berdasarkan maklumat dalam laman transfermarket, pemain tersebut beraksi dengan kelab Benfica Laulara dan mempunyai dua kaps dengan skuad kebangsaan Timor Leste. Selain itu, apa yang lebih mengejutkan ialah kami telah menjumpai satu maklumat mengenai beliau dalam senarai pemain skuad Timor Leste ketika dalam saingan Piala AFF 2018.

whatsapp_image_2019_07_31_at_104726-34

Adakah beliau adalah orang yang sama?

Jika dibandingkan dengan nama yang didaftarkan ketika dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018 iaitu Paulo Domingos Gali Da Costa Freitas, kami turut mendapati namanya turut berada dalam senarai pemain kesebelasan utama ketika menentang Myanmar dalam saingan AFF B-15 di Thailand.

u15-timor-leste-15645430266471627830911

kapten-timor-leste-u-15-terindikasi-pencurian-umur-1hy
FOTO: FOX Sports Asia

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kemungkinan berlaku masalah teknikal dalam urusan pendaftaran pemain atau pun Timor Leste memiliki pemain dengan nama sama tetapi mempunyai wajah yang berlainan.

Percanggahan maklumat tarikh lahir seseorang pemain yang diserahkan dalam kejohanan-kejohanan terdahulu pernah dijadikan alasan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menggantung pasukan daripada pertandingan-pertandingan anjurannya.

FIFA pernah menggantung Nigeria daripada semua perlawanan antarabangsa selama dua tahun selepas mendapat tahu bahawa tarikh-tarikh lahir bagi tiga pemain mereka di Olimpik 1988 adalah berbeza daripada yang digunakan oleh pemain-pemain yang sama dalam kejohanan-kejohanan terdahulu.

Jika Timor Leste didapati bersalah, kemungkinan besar mereka akan digantung daripada menyertai kejohanan anjuran AFF, AFC atau FIFA untuk tempoh tertentu.

Sumber