Pemain Johor Darul Ta’zim II, Shafi Azswad Sapari dipilih oleh ketua jurulatih, Brad Maloney sebagai pengganti kepada Fahmi Daniel Zaaim dalam membawa cabaran negara menghadapi Kejuaraan AFF Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan bermula 15 Februari ini.

Fahmi Daniel terpaksa diketepikan selepas beliau disahkan positif COVID-19 ketika ujian calitan Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (PCR) dilakukan sebaik sahaja kem skuad negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, kelmarin.

Menurut laporan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Shafi Azswad akan terbang ke Kemboja pada hari ini dan beliau terus menjalani latihan bersama pasukan sebaik sahaja keputusan PCR diperolehi.

Selain daripada kehadiran Shafi Azswad, FAM sebentar tadi turut mengumumkan senarai penuh 28 pemain yang akan menggalas tanggungjawab skuad B-23 negara di Kemboja itu.

B-23

Skuad B-23 kebangsaan akan memulakan saingan Kumpulan B menentang Myanmar pada Selasa, 15 Februari dan Laos pada Jumaat, 18 Februari, kedua-duanya di Stadium Prince, Phnom Penh.

Satu lagi pasukan yang sepatutnya berada dalam Kumpulan B bersama Malaysia iaitu musuh tradisi, Indonesia sudah menarik diri daripada persaingan akibat dibelenggu masalah kecederaan dan wabak melanda.

Saksikan siaran langsung semua perlawanan yang melibatkan skuad Malaysia B-23 di saluran TV9 Di Hatiku bermula 15 Februari ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:

Chelsea Juara Dunia! Melengkapkan Kesemua Koleksi Piala Pada Era Abramovich

TRW Kelantan Mohon Tarik Diri Dari Kejohanan Piala Belia 2022, Faktor Kewangan Jadi Punca Utama

Guardiola: “Saya Tak Percayakan Dia”

Sumber