Ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Hassan Sazali Waras mengakui disiplin yang ditampilkan anak buahnya menjelmakan hasil terbaik dalam membawa Malaysia ke perlawanan akhir Kejuaraan AFF B-19 2022.

Aksi di Stadio Patriot Chandrabhaga, Bekasi petang tadi menyaksikan skuad negara mencatatkan kemenangan 3-0 keatas pasukan yang dianggap sebagai antara pilihan juara iaitu Vietnam.

Pada perlawanan tersebut, barisan yang diketuai Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri berjaya menyerap dengan baik asakan hebat diberikan para pemain Vietnam sepanjang perlawanan.

Hassan Sazali bersama barisan kejurulatihan, pengurusan dan pemain simpanan. Kredit Foto: FAM

Malah, mereka dengan bijak dan tenang mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan balas pantas sekali gus berhasil mendapatkan tiga gol menerusi Adam Farhan Mohd Faizal, Muhammad Haiqal Haqeemi Hairi dan Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon.

Di samping memuji aspek disiplin serta taktikal yang dipatuhi dengan baik para pemain, Hassan juga mengakui anak buahnya kurang melakukan kesilapan pada perlawanan itu.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah kepada barisan pemain, kejurulatihan dan pihak pengurusan. Jadi dengan kerjasama ini kita berhasil memperolehi kemenangan yang agak selesa yang boleh saya katakan.”

“Saya gembira dengan taktikal yang kita sampaikan kepada pemain, mereka melakukan dengan sepenuhnya dalam perlawanan pada malam ini,” ujar Hassan bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan.

Adam membuka tirai jaringan pada minit ke-26. Kredit Foto: FAM

“Saya sudah melihat kekuatan pasukan Vietnam, jadi kita bermain secara bertahan dan dalam masa yang sama kita akan membuat serangan balas pantas menerusi pemain di bahagian hadapan.”

“Kesilapan yang terdapat dalam pasukan [pada perlawanan sebelum ini] kita telah perbaiki dalam masa terdekat. Dalam masa sama juga kita telah membuat analisis video daripada kesilapan-kesilapan yang kita lakukan, jadi Alhamdulillah hari ini semua pemain mengurangkan segala kesilapan yang berlaku sebelum ini.”

“Semua pasukan yang bermain mereka inginkan kemenangan termasuklah Malaysia. Jadi, apabila kita sudah layak ke separuh akhir, ini adalah tahap yang sangat penting untuk bermain. Tetapi dengan semangat daripada pemain, mereka membuktikan bahawa mereka merupakan pemain yang berkualiti.”

“Keseluruhannya mereka bermain dengan bagus terutamanya disiplin yang mereka tunjukkan sepanjang 90 minit perlawanan. Jadi dengan disiplin tersebut kita berhasil [menjaringkan] dengan jumlah jaringan tiga gol,” tambah Hassan Sazali lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

AFF B-19 2022: Skuad Muda Negara Tutup Mulut Pengkritik, Mara Ke Final

Pra-musim: Manchester United Belasah Liverpool

Kontrak Bersama Fenerbahce Ditamatkan, Ozil Bakal Beralih Ke ‘Esports’?