Malam ini skuad Malaysia bawah 18 tahun (B-18) bakal memulakan aksi pertama dalam Kejohanan AFF B-18 apabila dijadualkan menentang tuan rumah, Vietnam di Stadium Thong Nhat. Malaysia selaku juara bertahan turut diundi dalam kumpulan maut bersama pasukan yang kuat seperti Thailand, Australia serta dua lagi pasukan iaitu Singapura dan Kemboja.

Bagaimanapun, ketua jurulatih negara, Brad Maloney menegaskan, beliau tidak mahu terlalu memikirkan tentang misi mempertahankan gelaran dalam kejohanan tersebut sebaliknya mahu lihat bagaimana pemainnya dapat menyesuaikan diri dengan falsafah gaya permainan bahar

Beliau juga mahu anak buahnya waspada terhadap ancaman tuan rumah yang mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri dan menganggap perlawanan malam ini ibarat perlawanan akhir.

“Vietnam adalah sebuah pasukan yang amat mantap berikutan sering memberikan saingan kompetitif dalam setiap kejohanan yang disertai.

“Sukar untuk menembusi pertahanan mereka sementara lazimnya, mereka mempunyai pemain berbisa dan bagus.

“Kami menjangkakan satu pertembungan sengit esok dan faktor sebagai tuan rumah pasti akan merangsang mereka,” katanya dalam Stadium Astro

Selepas bertemu Vietnam, skuad negara akan menentang Singapura (Jumaat), Kemboja (11 Ogos), Australia (13 Ogos) dan akhirnya Thailand pada 15 Ogos. Mereka berdepan sedikit masalah dalam sesi latihan rasmi semalam apabila terpaksa berlatih dalam keadaan hujan lebat.

Baca: Luqman Hakim Antara 10 Pelatih AMD Dipilih Wakili Negara Dalam Kejohanan AFF B-19

Jadual latihan rasmi juga mengelirukan apabila ia berlangsung serentak dengan Vietnam pada jam 7 malam waktu Malaysia. Justeru, selepas Maloney membantah, sesi untuk skuad negara diubah kepada 12 tengah hari waktu Malaysia.

“Semuanya dalam keadaan baik ketika ini. Pemain perlu menyesuaikan diri dan sejurus latihan hari ini, saya mungkin akan mendapat ilham yang lebih jelas berhubung siapa yang bakal diturunkan esok,” katanya lagi.

Dalam senarai 23 pemain yang dipilih membawa cabaran negara, 10 pemain adalah pelatih daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) manakala selebihnya merupakan pemain daripada skuad Piala Belia negeri masing-masing. Maloney turut menyenaraikan dua wakil dari Borneo iaitu Mohd Nasip Mohamad Zain (Sabah) dan Alan Lagang Keryer (Sarawak).

Pada edisi lalu, Malaysia, selaku naib juara sebanyak lima kali, akhirnya muncul juara buat kali pertama selepas menewaskan Myanmar 4-3 di Indonesia.

Sumber