Ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Osmera Omaro mahu anak buahnya mengambil inspirasi daripada kejayaan senior mereka yang layak secara ke Piala Asia 2023 serta menjulang trofi Kejuaraan AFF B-19, bulan lalu.

Semangat daripada dua kejayaan itu perlu diserap oleh barisan pemain negara yang akan memulakan saingan dalam Kejuaraan AFF B-16 di Jogjakarta bermula malam ini.

Diletakkan dalam kumpulan B, Malaysia yang merupakan juara bertahan selepas menewaskan Thailand 2-1 pada aksi final edisi 2019 akan berdepan Kemboja pada 8.00 malam ini.

Dua lagi perlawanan bakal menyaksikan skuad muda negara akan membuat perhitungan dengan Myanmar pada 5 Ogos dan aksi terakhir kumpulan menentang Australia pada 8 Ogos 2022.

Osmera
Kredit Foto: Persatuan Bolasepak Malaysia

“Saya merasakan jika kita lihat sekarang ini kita boleh lihat bola sepak Malaysia sudah ada revolusi kecil dimana [pencapaian] pasukan senior, pasukan bawah 19 tahun agak berjaya,”

“Jadi keyakinan yang sama sekarang ini kami harap dapat dibawa oleh pasukan B-16 ini,” ujar Osmera bercakap kepada wartawan di Jogjakarta.

Dalam pada itu, Osmera yang dilantik sebagai pengendali skuad B-16 pada 9 Jun lalu menolak tanggapan ramai mengatakan bahawa Indonesia sentiasa memberikan tuah kepada Malaysia.

“Jadi bagi saya secara peribadi tempat atau lokasi [pertandingan] itu sebenarnya bukan pengukur, mungkin hanya kebetulan kejohanan-kejohanan yang ada di Indonesia dimenangi oleh pasukan Malaysia.”

“Jadi, saya berfikiran bahawa sekiranya kami bermain mengikut keupayaan kami biar pertandingan itu diadakan dimana-mana pun, sekiranya tuahnya sudah sampai buat kami untuk berjaya, kami akan berjaya.”

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Harimau Malaya Tamatkan Penantian 43 Tahun, Layak Ke Piala Asia 2023 Secara Merit

Malaysia Lunas Dendam Ke Atas Laos, Muncul Juara Kejuaraan AFF B-19 2022

Pochettino: “Man City Tak Pecat Guardiola Walaupun 7 Tahun Gagal Menang UCL”