Perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika ataupun AFCON mempertemukan dua gergasi Afrika ketika ini iaitu antara Ivory Coast dan Mesir.

Ianya memang pertarungan yang dianggap sangat menarik. Dengan kedua dua pasukan memiliki ramai bintang terutama sekali yang beraksi di Eropah.

Eric Bailly gagal menyempurnakan sepakan penalti beliau ketika penentuan penalti. Sementara bintang Liverpool, Mo Salah pula menyempurnakan penalti penentuan selepas kegagalan Bailly dan membawa cabaran Mesir ke suku akhir.

Beraksi dalam kondisi padang yang teruk dan tidak rata, Mesir tampil dengan cemerlang dan menjadi pasukan lebih baik pada separuh masa pertama.

Omar Mamoush hanya mampu melihat percubaannya terkena palang gol.

Skuad Ivory Coast, yang kehilangan Franck Kessie akibat kecederaan rusuk, dipaksa bertahan. Eric Bailly menjadi pemain paling cemerlang sepanjang 120 minit, untuk memastikan Mohamed Salah ‘diam’.

Ivory Coast tidak banyak mencipta peluang. Namun Ibrahim Sangare tetap memberikan detik cemas kepada Mesir.

Pada separuh masa kedua, skuad kendalian Carlos Queiroz meningkatkan tempo dengan Salah berjaya melorongkan bola kepada Amr El Soleya. Tetapi pemain itu mempersiakan peluang terbaiknya.

Kemnudian pemain gantian Trezeguet merembat bola liar.

The Elephants membawa masuk Jeremy Borga dan Wilfried Zaha dan pemain Crystal Palace itu hampir memecah kebuntuan dengan rembatan yang diselamatkan dengan penjaga gol Mohamed El Shenawy yang kemudiannya digantikan akibat kecederaan.

Pada masa ekstra, Mesir mencipta peluang yang lebih baik dengan Trezeguet sekali lagi membazir peluangnya. Kemudian percubaan Ahmed Sayed berjaya diselamatkan.

Dalam penentuan sepakan penalti, sepakan penalti Bailly berjaya diselamatkan oleh penjaga gol gantian Mohamed Abou Gabal.

Dan Mohamed Salah dengan tenang menjaringkan penalti kemenangan untuk memenangi penentuan 5-4 dan menempah tempat di suku akhir dalam aksi 2 pasukan Utara – menentang Maghribi pada hari Ahad nanti.

Ivory Coast terpaksa pulang awal dalam satu lagi kempen AFCON yang mengecewakan mereka walaupun membawa ramai bintang pada kali ini.