Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan syarikat penyedia data dan statistik terkenal dunia, Sportradar sebagai rakan rasmi dalam penyediaan data serta kandungan video untuk semua pertandingan tahun 2021-2024 dan 2025-2028.

Dibawah perjanjian terbaharu, Sportradar akan menjadi rakan Pengedaran Video dan Data rasmi untuk semua pertandingan utama pasukan kebangsaan dan kelab termasuk AFC Asian Cup China 2023 dan AFC Champions League.

Kontrak yang ditandatangani selama lapan tahun, membolehkan Sportradar menggunakan dan menyebarkan kandungan audio-visual dan statistik berkaitan perlawanan AFC ke arah pengumpulan data yang lebih cekap.

“Kami mengalu-alukan Sportradar sebagai rakan pengedaran video dan data rasmi kami. Perjanjian itu akan membawa bola sepak asia mendekati pangkalan peminat dan mengembangkan pengguna antarabangsa,” kata Setiausaha Agung AFC, Dato Windsor John.

IMG_0019-700×467

Sebelum ini, peminat bola sepak Asia mempunyai limitasi dari segi ruang untuk mendapatkan maklumat mengenai pemain, pasukan, perlawanan dan sebagainya. Namun, dengan pengwujudan usaha sama ini, maklumat yang terkini boleh diperoleh dengan mudah.

SportRadar turut mempunyai beberapa lagi produk yang diaplikasikan oleh sebahagian badan sukan dunia terutama sekali di Eropah sejak 1996 yang cenderung kepada penggunaan Opta. Sistem pengumpulan statistik yang terperinci ini mendapat respon positif dari segenap lapisan masyarakat dunia.

“Kami bangga dapat bekerjasama dengan AFC untuk bola sepak Asia. Dengan kepentingan Asia, kami percaya bahawa perjanjian ini adalah peluang strategik yang akan memberi Sportradar memanfaatkan lebih jauh di rantau ini dengan sukan yang berkembang pesat dari segi penyertaan dan penonton,” kata CEO Sportradar Carsten Koerl.

Sportradar sebelum ini pernah bekerjasama dengan Liga Malaysia dan Liga Filipina dalam penyediaan data dan statistik prestasi pasukan dalam liga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Baki Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 Mungkin Diadakan Secara Karnival

Park Hang-seo:”47 Pemain Import V.League, 70% Adalah Penyerang. Macam Mana Nak Dapat Penyerang Tempatan?”

Ranking Top 10 Kasut Bola Yang Dipakai Oleh Pemain Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Seluruh Jepun 2020