Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah meluluskan beberapa perubahan peraturan dalam pertandingan kelab dibawah kelolaan mereka iaitu AFC Champions League (Liga Juara-Juara AFC) dan AFC Cup (Piala AFC).

Antara perubahan tersebut ialah jumlah kuota pemain import telah ditambah daripada 3+1 kepada 5+1 (liga pemain dari mana-mana warganegara dan seorang pemain dari negara Asia) berkuatkuasa mulai musim 2023-2024.

Menurut kenyataan rasmi, langkah itu diambil bertujuan untuk meningkatkan kualiti perlawanan, daya saing dan menjadikan pertandingan kelab AFC lebih kompetitif.

Penambahan kuota pemain import itu turut mendapat sokongan daripada kedua-dua Jawatankuasa Pertandingan AFC dan Jawatankuasa Teknikal AFC. Mereka turut membenarkan setiap pasukan mendaftar seberapa banyak pemain import dalam senarai 35 pemain tetapi hanya 4 orang pemain import yang boleh diturunkan pada musim ini.

Pembaharuan lain yang diumumkan oleh AFC ialah saingan Liga Juara-Juara dan Piala AFC pada tahun depan akan berlangsung sekitar bulan September (musim luruh) dan tamat pada bulan Mei (musim bunga) seperti yang diamalkan oleh bola sepak Eropah.

Keputusan ini diambil untuk membolehkan kelab-kelab Asia mendapat manfaat daripada pintu perpindahan dan peluang yang lebih baik untuk menandatangani pemain terkemuka serta membawa masuk jurulatih berkualiti dari liga seluruh dunia.

Ia bermaksud jendela perpindahan pemain di benua Asia akan bergerak seiring dengan jadual pintu perpindahan di seluruh dunia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

RASMI: Kuala Lumpur Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kumpulan H AFC Cup 2022

RASMI: JDT Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kumpulan I AFC Champions League

Piala Asia B-23: Malaysia Jumpa Vietnam dan Thailand Lagi

RASMI: Malaysia Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia 2023