Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini telah meluluskan format baharu dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 termasuk Kelayakan Piala Asia 2027 untuk diharungi oleh 47 anggota persatuan.

Pada tahun 2017, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan jumlah pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia 2026 telah bertambah daripada 32 pasukan kepada 48 pasukan.

Jumlah keseluruhan pasukan yang akan menerima slot automatik ke Piala Dunia 2026 ini adalah 46 pasukan. 2 lagi slot untuk mencukupkan 48 pasukan akan ditentukan melalui pusingan play-off. Benua Asia telah diberikan 8.5 slot iaitu 8 automatik dan 0.5 merujuk kepada slot play-off.

Justeru itu, AFC merangka format baharu kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 untuk menentukan cara terbaik memilih pasukan ke Piala Dunia berdasarkan jumlah slot yang telah ditetapkan.

Berikut ialah format Kelayakan Piala Dunia 2026 seperti diumumkan oleh AFC:

  1. PUSINGAN PERTAMA KELAYAKAN PIALA DUNIA: 22 pasukan terlibat (ranking 26 hingga 47 Asia) akan diundi bertemu dalam satu perlawanan (Home & Away). 11 pasukan yang menang dalam perlawanan itu akan layak ke pusingan kedua kelayakan.
  2. PUSINGAN KEDUA KELAYAKAN PIALA DUNIA: 36 pasukan terlibat (ranking 1 hingga 25 Asia bersama 11 pemenang pusingan pertama kelayakan) akan dibahagikan dalam 9 kumpulan. Setiap kumpulan ada 4 pasukan dan mereka akan bertanding dalam format ’round robin’ (Home & Away). Dua pasukan teratas kumpulan (18 pasukan) akan layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2026.
  3. PUSINGAN AKHIR KELAYAKAN PIALA DUNIIA: 18 pasukan yang terlibat di pusingan ini turut layak secara automatik ke Piala Asia 2027. Mereka akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan ada 6 pasukan dan bertanding dalam format ’round robin’ (Home & Away). Dua pasukan teratas kumpulan (6 pasukan) akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026.
  4. PUSINGAN PLAY-OFF KELAYAKAN PIALA DUNIA: Pasukan tempat ketiga dan keempat daripada setiap kumpulan dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia (6 pasukan) akan diundi dalam dua kumpulan. Setiap kumpulan ada 3 pasukan dan akan bertanding dalam format single round robin (Tiada timbal balik). Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026. Manakala tempat kedua dalam kumpulan akan mara ke satu lagi pusingan play-off untuk menentukan wakil Asia di perlawanan play-off antara benua (Intercontinental play-off).

Untuk saingan Kelayakan Piala Asia 2027, ia melibatkan pasukan yang telah kalah di pusingan pertama dan kedua kelayakan Piala Dunia. 10 Pasukan daripada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia akan diundi bertemu dalam satu perlawanan (Home & Away) dimana setiap pemenang (5 pasukan) akan mara ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2027.

PUSINGAN AKHIR KELAYAKAN PIALA ASIA 2027: 24 pasukan yang terlibat iaitu 18 pasukan tempat ketiga dan keempat kumpulan daripada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia bersama 5 pemenang kelayakan awal Piala Asia 2027 serta 1 pasukan terbaik yang telah tewas di pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia. Mereka akan diundi dalam 6 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan. Hanya pasukan teratas kumpulan sahaja layak secara automatik ke Piala Asia 2027.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa

Dollah Salleh Dan Zainal Abidin Kini Bergelar Dato’

Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka

Sinar Baharu Buat Respect FC, Syarikat Konglomerat Antarabangsa Ambil Alih Pasukan

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group