Skuad Tajikistan U16 mencipta kejutan menewaskan pasukan Korea Selatan 7-6 dalam perlawanan separuh akhir AFC U16 di Stadium MBPJ sebentar tadi, selepas seri 1-1 tamat 90 minit permainan.

Pasukan bimbingan Chickasha Suzuki itu akan bertemu pasukan Jepun U16 dan ini merupakan kali pertama mereka layak sehingga ke perlawanan akhir kejohanan AFC U16.

Skuad Malaysia U16 bimbingan Lim Teong Kim membelasah pasukan Tajikistan ini dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 6-2 pada 20 September 2018 yang lalu, namun kini mereka sudah berada di perlawanan akhir serta layak ke Piala Dunia U17 di Peru tahun hadapan.

Gol pasukan Tajikistan dijaringkan oleh Ozodbek Panzhiev pada minit kedua yang berpunca dari sepakan bebas disebelah kanan gol pasukan Korea Selatan pada minit ke 2 permainan, manakala gol penyamaan Korea Selatan dijaringkan oleh Yoon Suk-ju pada minit ke 38.

Ho-Jun, pemain ke 7 yang mengambil sepakan penalti gagal menyempurnakannya apabila diselamatkan oleh penjaga gol Tajikistan Mukhriddin Khasanov, sebelum Muhammadrasul Litfullaev melengkapkan gol ke 7 penalti untuk mengesahkan tempat di perlawanan akhir AFC U16.