Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menegaskan sebarang penundaan perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bergantung kepada situasi semasa pandemik COVID-19 di negara terlibat.

Menurut laporan Stadium Astro, Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor John berkata suara majoriti pasukan bertanding tidak diambil kira untuk menunda perlawanan kelayakan.

AFC

Dato’ Windsor John

“Kami akan membuat keputusan mengikut situasi semasa kerana hak untuk bermain di bawah pasukan masing-masing sudahpun dibincangkan dan diputuskan.

“Jadi, untuk menarik baik hak pasukan tuan rumah, ia harus dilakukan mengikut situasi pandemik dan bukannya suara majoriti.

“Banyak aspek yang akan diambil kira dan salah satunya adalah keadaan pandemik di negara pasukan yang bertanding. Contohnya jika ada lima pasukan, ia tentang keadaan di kelima-lima negara,” katanya.

AFC

Vietnam’s Do Hung dung (L) fights for the ball with Malaysia’s La’Vere Lawrence Corbin-Ong (C) during the Qatar 2022 World Cup qualifying football match between Vietnam and Malaysia at the My Dinh stadium in Hanoi on October 10, 2019. (Photo by Manan VATSYAYANA / AFP)

Selain faktor keadaan semasa di negara terlibat, faktor sempadan turut diambil kira sama ada negara bertanding bersedia untuk membuka sempadan atau sebaliknya.

“Yang kedua pula adalah pembukaan sempadan sama ada ia boleh dibuka atau tidak. Jika tidak, ia pasti menjadi satu masalah.

“Selain itu, ia juga melibatkan keadaan penerbangan setiap pasukan kerana bukan semua pasukan boleh menggunakan penerbangan persendirian, masih banyak pasukan yang menggunakan penerbangan awam,” tambahnya.

Sebelum ini, Malaysia dan tiga negara lain iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand dan Indonesia bersetuju untuk menunda aksi kelayakan dari Mac kepada bulan Jun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Masashi Motoyama Berlepas Dari Jepun Hari Ini, Pakai Jersi No.10 Kelantan United Musim 2021

Bekas ‘Wonder Kid’ Brazil, Alexandre Pato Bakal Sertai Kelab Iraq

Berita Gembira Buat Perak FC, Tunggakan Gaji Bakal Selesai

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group