Kejayaan pasukan dari Vietnam, Hanoi FC mengatasi pasukan Altyn Asyr dari Turkmenistan 3-2 dalam perlawanan Inter-zone play-off semi-final AFC Cup 2019 semalam, menjadikan mata AFC MA ranking Vietnam sudah mengatasi pungutan mata yang dimiliki oleh Malaysia.

Sebelum perlawanan itu berlangsung, perbezaan mata diantara Malaysia dan Vietnam adalah 0.305 mata, dan kemenangan Hanoi FC itu telah membolehkan Vietnam memintas kedudukan Malaysia dikedudukan ke-7 AFC MA Ranking Asia Timur.

69144300_3141122125898721_2776797383084736512_o

Malaysia kini berada dikedudukan ke-8 AFC MA Ranking Asia Timur dibelakang beberapa pasukan seperti Jepun, China, Korea Selatan, Thailand, Australia, Filipina dan Vietnam.

Slot ke AFC Champions League bagi musim 2021 dan 2022 dijangka akan ditentukan berdasarkan kedudukan AFC MA Ranking pada penghujung tahun 2019 dan Malaysia hampir pasti akan terlepas slot tersebut. Walaupun Filipina dilihat selesa, tetapi Vietnam pasti akan cuba untuk memintas mereka untuk merebut slot berharga itu nanti.

68557615_3141106229233644_1386199131415904256_o

Hanoi FC masih mempunyai baki perlawanan timba balik (1 perlawanan), dan sekiranya berjaya layak ke saingan akhir Inter-zone, mereka akan mempunyai 1 lagi perlawanan.

Jika mara ke perlawanan akhir AFC Cup 2019, mereka akan mempunyai 3 lagi perlawanan secara keseluruhannya dan masih memiliki peluang menambah mata AFC MA Ranking.

Laman sosial FootyRanking juga telah mengemaskini mengenai perkara ini dan turut menyatakan Vietnam sudah mengatasi Malaysia dalam kedudukan AFC MA Ranking semasa.

Bagi Malaysia pula, pasukan-pasukan perlu beraksi dengan cemerlang dalam saingan AFC Champions League musim hadapan sebagai bekalan untuk mengutip mata sebanyak mungkin bagi merampas kembali slot tersebut.

67545449_2639378462761281_2925630816073547776_o

JDT sekali lagi akan membuat penampilan secara automatik diperingkat kumpulan manakala Kedah FA perlu memastikan mereka mempamerkan aksi terbaik dalam kelayakan 2 Play-Off untuk mara sejauh mungkin diperingkat Asia.